Pages

Advertise

BERITA BARU

Tuesday, October 25, 2011

GAMBAR-GAMBAR : GEMPABUMI TURKI

DUNIA: GEMPA BUMI DI TURKI

Pasukan mencari dan menyelamat cuba mencari mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan bangunan di Ercis, timur Turki pada awal pagi Isnin. Kira-kira 100 disahkan terbunuh dalam kejadian gempa bumi berukuran 7.2 magnitud yang melanda negara tersebut pada Ahad. -Foto REUTERS.
ANKARA: Panik dan ketakutan menyelubungi mangsa ketika gempa 7.2 magnitud di timur Turki mengorbankan 138 orang apabila banyak bangunan runtuh.
Angka korban dijangka meningkat ketika anggota penyelamat giat mencari mangsa di bawah runtuhan dan tiba di kawasan perkampungan.
Puluhan ribu orang meluru keluar ke jalan raya untuk menyelamatkan diri sambil menjerit atau cuba menghubungi sanak saudara menerusi telefon ketika bangunan pejabat kediaman retak atau runtuh.
"Ramai terperangkap di bawah runtuhan. Mereka sedang menderita," kata Datuk Bandar Daerah Celebibag, Veysel Keser.
Celebibag terletak berhampiran kawasan paling turuk dilanda bencana itu, Ercis, berhampiran sempadan Ran dan antara zon gempa bumi.
Gempa bumi itu melanda pada 1.41 petang (1041 GMT). – AP

Monday, October 24, 2011

Marco Simoncelli maut dalam kemalangan ketika saingan bagi kelas MotoGP



Gambar kombinasi menunjukkan urutan (atas ke bawah, kiri ke kanan) Marco Simoncelli (pakaian putih) ketika terlibat dalam kemalangan membabitkan pelumba Yamaha Colin Edwards dan pelumba Ducatis Valentino Rossi di Litar Sepang hari ini. – Foto Reuters

ADA cerita suka duka mewarnai perlumbaan MotoGP Malaysia di Litar Sepang semalam.
Paling menyayat hati apabila pelumba Itali, Marco Simoncelli maut dalam kemalangan ketika saingan bagi kelas MotoGP baru memasuki pusingan kedua. Insiden kemalangan itu berlaku apabila Simoncelli yang terjatuh di selekoh ke-11 akibat hilang keseimbangan badan, dirempuh dua pelumba lain - Colin Edwards dan Valentino Rossi.
Akibatnya, topi keledar yang dipakai Simoncelli pecah sehingga mendatangkan kecederaan parah di bahagian kepala, tengkuk dan dadanya. Sejurus selepas insiden tersebut, pihak penganjur, Sepang International Circuit (SIC) dan Dorna Sports iaitu pemegang hak perlumbaan MotoGP membatalkan perlumbaan serta merta.
“Kami dari warga SIC amat kesal dengan insiden itu dan ini merupakan kejadian yang pertama kali berlaku di Litar Sepang dan ia diluar jangkaan oleh pihak kami,” kata Pengerusi SIC, Datuk Mokhzani Mahathir semalam.Kemalangan maut yang melibatkan Simoncelli itu merupakan kes ke-14 dalam perlumbaan tersebut sejak tahun 1980. Sumber :Utusan Malaysia

Friday, October 21, 2011

PENDAFTARAN ISI RUMAH BERPENDAPATAN BAWAH RM3,000 BERMULA DISEMBER INI

KANGAR, 20 Okt (Bernama) -- Pendaftaran isi rumah yang berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 bagi melayakkan mereka menerima bantuan RM500 melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), dijadualkan bermula Disember ini.Pengerusi LHDN Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah berkata buat masa ini Kementerian Kewangan serta agensi kerajaan berkaitan sedang memuktamadkan mekanisme terbaik bagi pendaftaran dan pelaksanaan bantuan itu."LHDN perlu memastikan segala keperluan sistem, peralatan dan tenaga kerja yang mencukupi disiapkan selewatnya pertengahan November ini bagi membolehkan pendaftaran bermula pada Disember," katanya kepada media selepas perasmian Wisma Hasil Kangar, di sini hari ini.

Wan Abdul Aziz berkata sebanyak 3.4 juta isi rumah dijangka didaftarkan dan mereka dijadual menerima bantuan tersebut yang membabitkan peruntukan RM1.8 bilion bermula Januari depan.Bantuan di bawah inisiatif meringankan kos sara hidup itu akan turut dinikmati penjawat awam yang berpendapatan rendah, katanya.Sementara itu, Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu ketika merasmikan Wisma Hasil Kangar setinggi enam tingkat itu berharap premis itu bukan saja dapat memberi keselesaan kepada pelanggan tetapi juga kepada 83 petugasnya.Bangunan berharga RM25.5 juta itu mula dibina pada 5 Mei 2006 dan siap sepenuhnya pada 15 Mei 2008, bagaimanapun LDHN hanya memulakan operasinya di bangunan baru tersebut pada 25 Nov lepas.Md Isa juga menyifatkan Wisma Hasil Kangar itu sebagai simbol pertumbuhan LHDN kerana sebelum ini agensi tersebut beroperasi selama 21 tahun dengan menyewa di bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.Pada majlis itu, Menteri Besar turut melancarkan lagu rasmi baru LHDN bertajuk "Hasil Berjasa" menggantikan lagu "Nada Hasil".-- BERNAMA

Perkhidmatan Awam Jangan 'Seronok Sendiri', Terus Berusaha Betul Persepsi Silap Rakyat - Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Perkhidmatan awam tidak seharusnya diulit perasaan 'seronok sendiri' ketika merealisasikan semua sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang ditetapkan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.Timbalan Perdana Menteri berkata sebagai penjawat awam yang mendokong dan menjayakan dasar kerajaan, adalah penting untuk mereka sentiasa memikirkan soalan-soalan seperti apakah rakyat faham tentang usaha yang kerajaan lakukan selama ini;"Kenapakah rakyat tidak bersama-sama menyertai untuk menjayakan usaha-usaha itu?, apakah impaknya cukup besar kepada rakyat untuk mereka menghargai apa yang dilakukan kerajaan selama ini? dan di manakah silapnya apabila rakyat masih tidak berpuas hati dengan segala usaha dan pencapaian kita?" katanya.

Muhyiddin berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Perkhidmatan Awam ke-16 di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) di sini hari ini.Persidangan dua hari bermula hari ini turut melibatkan 20 tokoh tersohor negara dalam sektor awam, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) yang akan berkongsi pendapat mereka dalam usaha memperkukuh lagi penyampaian perkhidmatan awam.Hadir sama Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia Tan Sri Abu Bakar Abdullah, Pemangku Presiden Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik Datuk Dr Mohd Azhar Yahaya dan Pengarah Intan Dr Aminuddin Hassim.Muhyiddin berkata kaghairahan memacu usaha-usaha pemerkasaan NKRA tidak seharusnya melekakan penjawat awam daripada memerhati hasil sampingan ketara yang terpaksa ditanggung rakyat masa kini iaitu kos sara hidup yang membebankan."Dalam hal ini, sektor awam perlu berada di barisan hadapan dengan mempelopori perkongsian pintar antara kerajaan dan rakyat bagi mengatasi kenaikan kos sara hidup menerusi pelaksanaan tindakan-tindakan yang efisien dan efektif."

Ingin saya ingatkan sekali lagi bahawa rakyat sedang memerhati dan menilai usaha kita, kita tidak boleh alpa kerana sebarang kealpaan akan menyebabkan perkhidmatan awam diberikan penilaian negatif dan ditafsir sebagai tidak releven lagi dalam pembangunan negara," katanya.Beliau berkata dalam memastikan setiap tindakan bagi mengutamakan kepentingan rakyat itu berjaya, pertemuan dan interaksi dengan rakyat adalah perlu untuk membolehkan suara dan rintihan rakyat didengar dan diberi perhatian.

"Juga penting, kerajaan perlu memastikan rakyat turut dilibatkan dan bersama-sama dalam proses penghasilan sesuatu dasar bagi mengelak ketidakpuasan hati yang boleh menimbulkan bangkangan dan penentangan," katanya.Mengenai sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), Muhyiddin berkata berkata ia akan menjadi landasan utama kepada transformasi pengurusan bakat perkhidmatan awam yang akan meyaksikan perubahan radikal dalam pembangunan kerjaya itu.Bagi menjayakan SBPA secara menyeluruh, budaya berprestasi tinggi hendaklah diwujudkan dalam perkhidmatan awam, katanya.

MutIaRa kAtA....

"Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik"

SUKAN :Torres julang Chelsea

TORRES (kiri) meledak dua gol bagi membantu Chelsea meraih kemenangan besar ke atas Genk kelmarin.


DUNIA :Gambar Muammar Gaddafi Mati Di Bunuh?

AL FATIHAH. GADAFI TERBUNUH.



TRIPOLI, 21 Okt - Pemimpin Libya, Muamar Gaddafi terbunuh dalam pertempuran dengan rejim yang menumbangkan pemerintahan pemimpin berkenaan secara pemberontakan. Rejim berkenaan yang dikenali sebagai Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) mengesahkan Gaddafi terbunuh dalam serangan terakhir di bandar Sirte. “Kami mengumumkan kepada dunia Gaddafi telah dibunuh oleh pasukan revolusi,” kata jurucakap NTC, Abdel Hafez Ghoga.
Ini adalah imej yang mendakwa pemimpin Muammar Gaddafi telah dibunuh.Bekas Pemimpin Libya, Muamar Gaddafi terbunuh dalam pertempuran dengan rejim yang menumbangkan pemerintahan pemimpin berkenaan secara pemberontakan.Rejim berkenaan yang dikenali sebagai Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) mengesahkan Gaddafi terbunuh dalam serangan terakhir di bandar Sirte.Imej yang ditangkap:


Gambar dari telefon bimbit, menunjukkan pemimpin Muammar Gaddafi cedera, diedarkan tidak lama selepas berita penangkapan beliau didedahkanRakaman telefon mudah alih, dikeluarkan tidak lama selepas berita penangkapan itu berlaku, muncul gambar yang menunjukkan Gaddafi dalam keadaan berdarah di kepala.Majlis Kebangsaan Peralihan rasmi Abdel Majid Mlegta berkata: 'Dia (Gaddafi) juga ditembak di kepalanya. Terdapat banyak tembakan dilepaskan oleh kumpulan ini dan dia akhirnya mati. 'Beliau berkata Gaddafi telah ditembak mati kerana dia cuba melarikan diri, manakala sumber lain berkata Gaddafi telah ditembak diperutnya sekurang-kurangnya sekali dengan peluru 9mm


Sementara itu Pemimpin kerajaan sementara Libya, Mustafa Abdel Jalil akan mengisytiharkan pembebasan Libya dan memberi maklumat terperinci mengenai kematian Muammar Gaddafi, kata perdana menteri kerajaan sementara, Mahmud Jibril kepada pemberita “Abdel Jalil akan muncul hari ini atau selewat-lewatnya esok untuk mengisytiharkan pembebasan negara ini dan mengumumkan maklumat terperinci mengenai kematian Gaddafi,” kata orang nombor dua Majlis Peralihan Kebangsaan Libya (NTC) itu.

Thursday, October 20, 2011

PERLANTIKAN TIMBALAN KETUA PENGARAH (OPERASI)

Dimaklumkan bahawa :

Tn Hj Kamalrul Badri Bin Mat Ali telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah(Operasi) Lembaga Pertubuhan Peladang yang baru berkuatkuasa mulai pada 4hb Oktober 2011 .

KESADA mengucapkan tahniah

Wednesday, October 19, 2011

BERSARA AWAL=PENCEN PILIHAN+BERSARA WAJIB

Pernahkah anda semua terasa penat dan bosan dengan kerja? Terasa ingin bersara awal dari tarikh yang sepatutnya. Saya yakin ada antara kita yang mempunyai perasaan ingin bersara awal disebabkan perkara seperti berikut :-


1. Penat melayan karenah kerja-kerja yang tidak pernah selesai-selesai. Habis satu kerja ada lagi yang mendatang…

2. Politikus pejabat yang menyakitkan hati. Ada berlaku ‘tikam belakang’, ‘dengki mendengki’, ‘jatuh menjatuhkan’ yang memberikan tekanan kepada diri..

3. Tak tahan dengan arahan berbelit dari pihak atasan. Yang ni suruh buat cara ni, yang itu buat cara ni. Itu belum masuk lagi arahan lisan yang berubah-ubah. Kejap cakap A kejap cakap B.. Pasti membuatkan jantung bergerak laju ..

4. Kena marah . Biasalah kalau kena marahkan tapi kalau salah orang lain pun memang sakit…


Itu merupakan antara beberapa sebab terdapat segelintir dari kita yang selalu memikirkan masa untuk pencen / bersara awal. Sebenarnya bukan orang lain yang fikir pun, si Polaan adalah profail tersebut.. Ha ha ha. Tapi rasanya mungkin anda juga mempunyai pemikiran yang serupa. Tapi secara realitinya bukanlah mudah untuk pencen / bersara awal tanpa mempunyai kewangan yang kukuh. Almaklumlah kalau simpanan setakat 4 angka mustahil untuk menempuh hidup-hidup yang mendatang. Lagipun hutang keliling pinggang yang perlu diselesaikan.
Seperti yang kita sedia maklum, umur persaraan kebiasaannya adalah 56 -60 tahun . Sebagai salah seorang kakitangan kerajaan, si Polaan memilih 56 tahun (kalau ada lagi awal mungkin pilih tu) sebagai umur pencen. Almaklumlah secara sedarnya umur 50 tahap bosan terhadap kerja pasti terasa lebih-lebih lagi melakukan kerja yang sama sepanjang 2+ tahun.
Walaubagaimanapun perancangan perlu dilakukan kerana mungkin pencen / bersara awal boleh dilakukan. Yang penting adalah perancangan dari segi kewangan dan kehidupan. Perlu mempunyai sesuatu untuk menjamin kehidupan di masa hadapan. Takkan selepas umur 60 masih lagi bertungkus lumus bekerja menjadi ‘jaga’ yang masih memerlukan pendapatan ‘makan gaji’. Mungkin pada umur tersebut boleh melakukan kerja-kerja pendapatan pasif seperti ‘rumah sewa’, ‘ladang ‘, ‘dusun’ dan sebagainya. Harap-harap begitulah..