Program Kecemerlangan dan Kecergasan Anggota LPP Tahun 2012 akan diadakan pada 5 hingga 9 Julai 2012 di UKM Bangi, Selangor. Acara Kebudayaan dan Majlis Penutup akan diadakan pada 8 Julai 2012 ( Ahad ), jam 8.00 malam, di Dewan Tun Abdul Razak, UKM, Bangi, Selangor.
Pages
Advertise
Friday, June 22, 2012
PERLUKAH SAYA BERHENTI KERJA?
Oleh Roshan Thiran, Ketua Eksekutif, Leaderonamics
Ashini sangat kecewa dengan kerjanya. Gaji rendah, waktu kerja yang lama dan ketua yang teruk yang menyebabkannya tidak 'bermaya' dan todah bermotivasi untuk bekerja.
Kini dia telah mula berfikir 'patutkah dia berhenti?'.
Mungkin dalam hidup ini, kita juga pernah berfikir untuk berhenti / mengalah dan berubah kepada kehidupan yang lain. Mungkin kita terfikir untuk terus bekerja untuk meningkatkan kerjaya di tempat kerja sedia ada.
Oleh itu, bagaimanakah untuk kita mengetahui masa yang sesuai samada untuk berhenti kerja atau sebaliknya.
PERATURAN DUA TAHUN (TWO-YEAR RULE)
Sebelum menentukan samada anda ingin berhenti kerja atau tidak, anda perlu menjawap soalan ini.
"adakah anda telah berkhidmat sekurang- kurangnya 2 tahun dalam jawatan sekarang? kerana rasionalnya adalah ....
'MASA 6 BULAN PERTAMA ADALAH UNTUK MEMAHAMI BUDAYA, PROSES KERJA DAN MENGHAYATI KEHENDAK ORGANISASI/JABATAN, 6 BULAN SETERUSNYA UNTUK MENGENALPASTI FAKTOR- FAKTOR YANG BOLEH DITAMBAHBAIK DAN MERANCANG PERUBAHAN, 6 BULAN LAGI UNTUK MELAKSANAKAN PERUBAHAN DAN MELIHAT IMPAKNYA, SEMENTARA BAKI 6 BULAN AKHIR ADALAH UNTUK MELIHAT HASIL PERUBAHAN TERSEBUT DAN JUGA UNTUK MENILAI SAMADA PERUBAHAN YANG DILAKSANAKAN BERJAYA ATAU SEBALIKNYA. JIKA TIDAK BERJAYA, ANDA PERLU MEMIKIRKAN PERUBAHAN YANG LEBIH STRATEGIK UNTUK MENHASILKAN KEJAYAAN YANG DISASARKAN'.
Mengikut Anders Ericson.. Anda akan mempelajari dan memahami kerja anda dan akan menjadi sangat kompeten setelah bekerja 10,000 jam (pada asas 12 jam bekerja sehari). 10,000jam bersamaan 2 tahun minimum bekerja. Jika telah berkhidmat selama 2 tahun, barulah adil jika soalan 'patutkah saya berhenti?' ditanya. Namun, adakah anda ingin berhenti kerja kerana ditawarkan kerja yang diidamkan, atau kerja semasa anda sangat melemaskan, tidak bertenaga dan tidak memberangsangkan. Ini sebenarnya satu petunjuk agar anda mencari pekerjaan lain.
JIKA KITA MENGHAYATI KERJA IA SEPATUTNYA MENYERONOKKAN.
KEKAL BERKHIDMAT JUGA MUNGKIN BAIK
Jika anda ingin berhenti berkhidmat atau mengalah kerana konflik di tempat bekerja, perlu diingat bahawa konflik sentiasa berada di mana-mana. Oleh itu, kenali dan atasilah konflik yang dihadapi sebelum membuat keputusan untuk berhenti.
Pernah satu ketika dulu, seorang yang bekerja di NBC dan merasakan ingin berhenti kerja kerana kecewa dengan ketua yang sering memberikan kerja yang tidak memberangsang dan membosankan. Resume dan permohonan kerja juga dihantar sehinggalah mentornya menasihati agar berterus terang dengan ketuanya tentang masalah yang dihadapinya. Perbincangan yang jujur menyebabkan prasangka yang negatif terhapus dan penulis dapat memotivasikan diri untuk lebih cemerlang. Ketuanya juga turut menghargai beliau.
Kekal berkhidmat juga ada manfaatnya kerana dasar kekananan mempunyai merit. Walau bagaimanapun , jika ingin bertukar kerja kerana menpunyai manfaatnya tersendiri di mana anda keluar dari 'comfort zone' dan lebih progresif. Dengan asas yang betul mungkin keputusan anda untuk berhenti itu adalah tepat- ' QUIT FOR THE RIGHT REASON'.
Perlu diingat, seseorang yang berjaya dalam melakukan sesuatu yang mustahil adalah orang yang tidak mengenal erti putus asa.
BILA PATUT SAYA BERHENTI
1.Organisasi anda telah hilang tujuannya dan anda tidak lagi rasa bangga menjadi anggota yang berkhidmat dengannya. Ini akan memanfaat kedua- dua pihak, anda sendiri dan organisasi anda.
2.Perhubungan anda dengan ketua telah musnah dan tidak lagi boleh dipulihkan.
3.Kehidupan anda berubah dan budaya kerja anda tidak lagi bersesuaian dengan kehidupan anda. Mungkin kerana aspirasi anda berubah kerana keperluan peribadi.
4.Budaya dan nilai kerja anda tidak lagi selari dengan budaya kerja organisasi sehingga menyebabkan etika kerja anda tercabar. Anda tidak boleh berkompromi dalam nilai dan integriti kerja anda.
5.Tingkahlaku anda sendiri yang buruk. Hubungan yang tidak baik di kalangan rakan- rakan sekerja,
ponteng kerja, datang lewat dan mempunyai reputasi yang tidak di pejabat.
6.Tahap tekanan kerja yang sangat tinggi sehingga menyebabkan kesan buruk kepada kesihatan. Jika benar-benar merasakan 'burnt out', kenalpasti sebabnya. Adakah beban kerja terlalu berat kerana kekurangan anggota? Jika ini berlaku, perlu berbincang dengan pihak atasan untuk mengurus sumber dengan lebih effisien. Berhenti bukanlah jawapannya.
7.Tidak dipedulikan oleh ketua. Anda perlu kenalpasti terlebih dahulu sebabnya sebelum membuat keputusan berhenti.
8.Tiada keseronokan datang bekerja, rasa bosan, kekurangan tugasan yang lebih mencabar. Jika ini terjadi, cubalah mencipta sesuatu tugasan yang lebih menarik dan kreatif sebelum membuat keputusan berhenti.
Janganlah berhenti kerja kerana merasa tidak gembira. Mungkin ada isu lain yang menyebabkan anda tidak gembira. Selesaikanlah... isu sebenar. Jika faktor ketua anda yang menjadi penyebab, ianya mungkin dapat diatasi dengan mendapatkan nasihat dari mentor yang sesuai. Sekali anda berhenti atas sebab yang tidak tepat akan menyebabkan ianya menjadikannya satu kebiasaan.
AKHIRNYA APA YANG PATUT DIIFIKIRKAN
Akhirnya, kunci kepada sesuatu kejayaan dalam kerjaya adalah PEMBELAJARAN YANG BERTERUSAN DISAMPING PENINGKATAN KERJAYA. Oleh itu, setiap kali anda terfikir untuk berhenti dan pergi ke tempat kerja baru, pastikan cabaran yang akan dilalui mestilah lebih besar untuk peingkatan kerjaya dan untuk pembelajaran.
Jika ada masalah ditempat kerja, janganlah terus menjurus kepada keputusan untuk berputus asa. Tanyalah kepada diri dan kenalpasti sebabnya. Adakah ini kerana ketua yang sangat teruk, rakan sekerja yang tiada keserasian, kuranganya komunikasi ataupun mungkin kerana potensi anda yang tidak digunakan sepenuhnya. Apapun jawapannya, sedarlah ke semua ini boleh berlaku dimana saja.
Ingatlah...
MANUSIA SERINGKALI BERPUTUS ASA APABILA MEREKA TELAH HAMPIR DENGAN KEJAYAAN, MEREKA MENGALAH DI SAAT AKHIR PERMAINAN, HANYA 1 LANGKAH LAGI SAJA UNTUK MENANG...!
Friday, June 1, 2012
15 Fakta Menarik Mengenai Senyum
1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
3. Apabila darah yang ‘sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon ‘endorphins’ dan hormon ‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan ‘adrenaline’ .
9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.
15. Pujangga menyebut :
” SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA”. Jadi kengkawan jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan plak cukup sekedar nya sahaja ok.
Tuesday, May 22, 2012
TEMUDUGA GRED W32 & W36 DAN W27
TEMUDUGA W32 & W36 - PADA 22HB MEI 2012
TEMUDUGA W27 - 5HB JUN 2012
Kepada yang menghadiri temuduga diucapakan semoga berjaya....
TEMUDUGA W27 - 5HB JUN 2012
Kepada yang menghadiri temuduga diucapakan semoga berjaya....
Wednesday, May 9, 2012
Sambutan Hari Pekerja 2012
Sambutan Hari Pekerja 2012 akan diadakan seperti berikut:
Hari: Sabtu (12 Mei 2012)
Tempat: Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS).
Peperiksaan Khas Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) LPP Tahun 2012
Peperiksaan Khas Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) LPP Tahun 2012
Nama Peperiksaan : Peperiksaan Khas Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) LPP Tahun 2012
Tarikh Peperiksaan : 17,18 dan 19 Julai 2012
Tarikh Tutup Permohonan : 1 Jun 2012
muat turun borang:Tarikh Peperiksaan : 17,18 dan 19 Julai 2012
Tarikh Tutup Permohonan : 1 Jun 2012
http://www.lpp.gov.my/web/guest/412
XPDC MENDAKI GUNUNG LEDANG SAGIL TANGKAK ANGGGOTA LPP BERSAMA TKPO ...21HB APRIL 2012
TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA ANGGOTA LPP YANG BERJAYA KE PUNCAK GUNUNG LEDANG YANG DIKETUAI OLEH TN HJ MOHD SALIM BIN TAHA TIMBALAN KETUA PENGARAH (PEMBANGUNAN)
Sumber: MKSR LPP
Sumber: MKSR LPP
Wednesday, March 7, 2012
PERHIMPUNAN KHAS PENJAWAT AWAM BERSAMA PERDANA MENTERI AKAN DIADAKAN PADA 8 MAC 2012- SBPA BATAL
Sebentar tadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diperkenalkan pada 1 Januari lalu dibatalkan dan sistem saraan kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik. Kenyataan ini diumumkan semasa beliau berucap di majlis Perhimpunan Khas Penjawat Awam bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sebentar tadi. Antara intipati ucapan beliau adalah:
1. Mengumumkan pelarasan gaji berdasarkan jadual gaji matriks Sistem Saraan Malaysia (SSM) mengikut peratusan gred yang ditetapkan, antaranya:
Kumpulan pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54 – Pelarasan sebanyak 13%
Kumpulan Gred Utama C, B, A – Pelarasan sebanyak 9%
Gred Turus III dan II – Pelarasan sebanyak 8%
Gred Turus I dan Ketua Setiausaha Negara (KSN) – Pelarasan sebanyak 7%
2. Perdana Menteri juga mengumumkan kenaikan Elaun Sara Hidup (COLA) sebanyak RM50 di kawasan B dan C : -
Kawasan B – RM250
Kawasan C – RM150
Sebelum ini Elaun Sara Hidup (COLA) dikawasan B dan C adalah sebanyak RM200 dan RM100. Elaun COLA dikawasan A pula kekal sebanyak RM300.
Dengan terbatalnya pelaksanaan SBPA, segala perjanjian yang telah ditandatangani pada awal Januari 2012 yang lalu automatik terbatal. Kakitangan awam sekarang menunggu bila tarikh kenaikan ini akan dikuatkuasakan samada tertakluk pada kenaikan tahunan seperti biasa atau sebaliknya.

Nazarruddin Bin Mostijan dan Presiden Cuepac Dato Omar Othman bergambar bersama selepas menghadiri Perhimpunan Penjawat Awam bersama CUEPAC di PICC Putra Jaya
Perhimpunan penjawat awam bersama YAB Perdana Menteri Malaysia telah diadakan pada:
Tarikh : 8 Mac 2012
Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat : Dewan Perdana, Dewan A dan Dewan B Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
KESADA telah diwakili oleh Naib YDP Nazarruddin Bin Mostijan mendengar satu pengumuman penting yang akan disampaikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak
1. Mengumumkan pelarasan gaji berdasarkan jadual gaji matriks Sistem Saraan Malaysia (SSM) mengikut peratusan gred yang ditetapkan, antaranya:
Kumpulan pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54 – Pelarasan sebanyak 13%
Kumpulan Gred Utama C, B, A – Pelarasan sebanyak 9%
Gred Turus III dan II – Pelarasan sebanyak 8%
Gred Turus I dan Ketua Setiausaha Negara (KSN) – Pelarasan sebanyak 7%
2. Perdana Menteri juga mengumumkan kenaikan Elaun Sara Hidup (COLA) sebanyak RM50 di kawasan B dan C : -
Kawasan B – RM250
Kawasan C – RM150
Sebelum ini Elaun Sara Hidup (COLA) dikawasan B dan C adalah sebanyak RM200 dan RM100. Elaun COLA dikawasan A pula kekal sebanyak RM300.
Dengan terbatalnya pelaksanaan SBPA, segala perjanjian yang telah ditandatangani pada awal Januari 2012 yang lalu automatik terbatal. Kakitangan awam sekarang menunggu bila tarikh kenaikan ini akan dikuatkuasakan samada tertakluk pada kenaikan tahunan seperti biasa atau sebaliknya.

Nazarruddin Bin Mostijan dan Presiden Cuepac Dato Omar Othman bergambar bersama selepas menghadiri Perhimpunan Penjawat Awam bersama CUEPAC di PICC Putra Jaya
Perhimpunan penjawat awam bersama YAB Perdana Menteri Malaysia telah diadakan pada:
Tarikh : 8 Mac 2012
Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat : Dewan Perdana, Dewan A dan Dewan B Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
KESADA telah diwakili oleh Naib YDP Nazarruddin Bin Mostijan mendengar satu pengumuman penting yang akan disampaikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak
Thursday, March 1, 2012
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dijangka membuat pengumuman yang adil dan saksama berkaitan perkhidmatan awam, termasuk mengenai Skim
PUTRAJAYA, 23 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dijangka membuat pengumuman yang adil dan saksama berkaitan perkhidmatan awam, termasuk mengenai Skim Saraan Malaysia (SSM) dan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
Perkara itu dinyatakan Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman selepas mengadakan pertemuan 45 minit den gan Perdana Menteri di pejabatnya di sini hari ini.
Pertemuan itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
"Perkara itu akan diumumkan dalam waktu terdekat dan dijangka memberikan keadilan dan kebaikan untuk semua penjawat awam," katanya kepada pemberita tanpa mengulas lanjut mengenai perkara yang bakal diumumkan itu.
Omar berkata Cuepacs sendiri akan menyambut baik apa sahaja perkara yang bakal diumumkan serta mengucapkan terima kasih di atas kesudian serta kesediaan Perdana Menteri untuk mengadakan perbincangan dan mendengar cadangan demi kebaikan penjawat awam.
"Pertemuan hari ini menyentuh mengenai secara keseluruhan apa tuntutan serta pandangan yang dikemukakan Cuepacs selama ini berhubung permasalahan penjawat awam termasuk mengenai isu SBPA," katanya.
Omar berkata Perdana Menteri turut menyatakan kesediaan untuk menghadiri perhimpunan besar-besaran yang akan mengumpul seramai 15,000 penjawat awam yang akan diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 12 Mac depan.
-- BERNAMA
Perkara itu dinyatakan Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman selepas mengadakan pertemuan 45 minit den gan Perdana Menteri di pejabatnya di sini hari ini.
Pertemuan itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
"Perkara itu akan diumumkan dalam waktu terdekat dan dijangka memberikan keadilan dan kebaikan untuk semua penjawat awam," katanya kepada pemberita tanpa mengulas lanjut mengenai perkara yang bakal diumumkan itu.
Omar berkata Cuepacs sendiri akan menyambut baik apa sahaja perkara yang bakal diumumkan serta mengucapkan terima kasih di atas kesudian serta kesediaan Perdana Menteri untuk mengadakan perbincangan dan mendengar cadangan demi kebaikan penjawat awam.
"Pertemuan hari ini menyentuh mengenai secara keseluruhan apa tuntutan serta pandangan yang dikemukakan Cuepacs selama ini berhubung permasalahan penjawat awam termasuk mengenai isu SBPA," katanya.
Omar berkata Perdana Menteri turut menyatakan kesediaan untuk menghadiri perhimpunan besar-besaran yang akan mengumpul seramai 15,000 penjawat awam yang akan diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 12 Mac depan.
-- BERNAMA
Tuesday, January 10, 2012
Warga LPP mulai pindah ke bangunan baru mulai 27 Disember 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)

