Cawangan Audit Pertubuhan LPP Negeri Selangor
Sempena Mesyuarat Agung bersama Kesatuan Dalaman LPP Tahun 2011 pada 10hb November 2011 di Hotel Regency Kuala Lumpur .
Sebuah kereta api berlanggar dengan sebuah lori tangki minyak menyebabkan letupan besar dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, petang Isnin.Tiada kematian dilaporkan, namun setakat ini sembilan cedera dalam letupan besar akibat pelanggaran antara kereta api dengan sebuah lori tangki minyak di hadapan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini petang Isnin. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib memberitahu pemberita di tempat kejadian penumpang-penumpang lain dalam kereta api itu sama ada berjaya menyelamatkan diri ketika pelanggaran berlaku kira-kira 5.30 ptg atau mereka diselamatkan bila anggota bomba tiba.
NEGERI SEMBILAN kembali ditabalkan selaku juara Piala Malaysia. Kemenangan 2-1 ke atas Terengganu pada aksi final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam tadi membolehkan skuad Hoben Jang Hoben kembali menjulang piala berprestij itu. Ia merupakan kejayaan ketiga Negeri Sembilan menjuarai Piala Malaysia selepas edisi 1948 dan 2009.
Pasukan mencari dan menyelamat cuba mencari mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan bangunan di Ercis, timur Turki pada awal pagi Isnin. Kira-kira 100 disahkan terbunuh dalam kejadian gempa bumi berukuran 7.2 magnitud yang melanda negara tersebut pada Ahad. -Foto REUTERS.
Gambar kombinasi menunjukkan urutan (atas ke bawah, kiri ke kanan) Marco Simoncelli (pakaian putih) ketika terlibat dalam kemalangan membabitkan pelumba Yamaha Colin Edwards dan pelumba Ducatis Valentino Rossi di Litar Sepang hari ini. – Foto ReutersADA cerita suka duka mewarnai perlumbaan MotoGP Malaysia di Litar Sepang semalam.
Paling menyayat hati apabila pelumba Itali, Marco Simoncelli maut dalam kemalangan ketika saingan bagi kelas MotoGP baru memasuki pusingan kedua. Insiden kemalangan itu berlaku apabila Simoncelli yang terjatuh di selekoh ke-11 akibat hilang keseimbangan badan, dirempuh dua pelumba lain - Colin Edwards dan Valentino Rossi.
Akibatnya, topi keledar yang dipakai Simoncelli pecah sehingga mendatangkan kecederaan parah di bahagian kepala, tengkuk dan dadanya. Sejurus selepas insiden tersebut, pihak penganjur, Sepang International Circuit (SIC) dan Dorna Sports iaitu pemegang hak perlumbaan MotoGP membatalkan perlumbaan serta merta.
“Kami dari warga SIC amat kesal dengan insiden itu dan ini merupakan kejadian yang pertama kali berlaku di Litar Sepang dan ia diluar jangkaan oleh pihak kami,” kata Pengerusi SIC, Datuk Mokhzani Mahathir semalam.Kemalangan maut yang melibatkan Simoncelli itu merupakan kes ke-14 dalam perlumbaan tersebut sejak tahun 1980. Sumber :Utusan Malaysia