Pages
Advertise
Wednesday, February 25, 2015
Tuesday, October 8, 2013
Friday, July 26, 2013
SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN
"SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN"
kepada semua ahli- Ahli KESADA, maaf zahir & batin, semoga perjalanan pulang ke kampung disambut dengan keceriaan dan kegembiraan
DARI
YDP DAN AJK KESADA
Thursday, May 2, 2013
Thursday, March 21, 2013
SST - SISTEM SARAAN BARU PERKHIDMATAN DIUMUM
11/3/2013
PUTRAJAYA 11 Mac 2013
Pelarasan yang dinamakan Sistem Saraan Transformatif (SST) itu akan menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang diguna pakai sebelum ini, diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-13 (MAPPA XIII), di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, semalam.
Beliau berkata, pelarasan gaji bagi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berkuatkuasa 1 Januari lalu bakal memanfaatkan 233,192 anggota pasukan keselamatan di seluruh negara, iaitu 109,209 PDRM dan 123,983 ATM.
Pangkat dalam perkhidmatan ATM dan PDRM kini disetarakan dengan Perkhidmatan Awam Am selaras perubahan lapisan gred jawatan atau gred gaji.
Ia mencakupi perubahan skop fungsi tugas khas, struktur pangkat dan kelayakan bagi skim perkhidmatan ATM serta PDRM, katanya.
Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa dan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) Jabatan Perkhidmatan Awam, Datuk Farida Mohd Ali.
Pendek masa naik pangkat
Dalam pada itu, Najib berkata, kerajaan setuju menambahbaik pelaksanaan urusan kenaikan pangkat kumpulan pelaksana kakitangan awam dengan memendekkan tempoh kenaikan pangkat berdasarkan tempoh khidmat daripada 15 tahun kepada 13 tahun.
Katanya, pelaksanaan penambahbaikan itu berasaskan kecemerlangan yang akan memanfaatkan lebih 17,000 penjawat awam yang layak.
Di samping itu, kerajaan secara prinsipnya bersetuju meluaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat laluan pantas, kenaikan pangkat laluan pakar bidang dan kenaikan pangkat laluan kemahiran tinggi bagi menambah baik laluan kemajuan kerjaya penjawat awam dalam jangka masa panjang.
Kaedah pelaksanaannya, termasuk pembangunan kriteria dan struktur panel khas untuk ketiga-tiga laluan baru itu akan diperincikan sebelum dilaksanakan, katanya.
Kenaikan gaji tahunan
Najib turut menyampaikan berita gembira kepada 182,434 penjawat awam yang berada pada tangga gaji maksimum dan tidak menikmati kenaikan gaji tahunan dengan mengumumkan kenaikan gaji tahunan (KGT) sebanyak tiga kenaikan, berkuat kuasa 1 Januari 2013 untuk semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum.
Selain itu, semua penjawat awam menerima faedah pemindahan gaji sebanyak satu KGT yang dipercepatkan pada 1 Julai 2013 dengan setiap penjawat awam mendapat kenaikan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred gaji masing-masing, membabitkan peruntukan RM1.5 bilion.
Sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, kerajaan setuju pergerakan gaji khas sebanyak tiga peratus diberikan kepada pegawai yang mencapai dan berada pada gaji maksimum, katanya.
Perdana Menteri berkata, kerajaan juga bersetuju menyambung perkhidmatan hampir 50,000 kakitangan awam kontrak selama setahun lagi apabila kontrak mereka tamat pada 31 Disember depan sementara menunggu kajian menyeluruh berhubung perkara itu dilaksanakan.
87 ELAUN DIKAJI SEMULA
Berita Harian
12/3/2013
12/3/2013
Putrajaya: Nasib kakitangan awam akan lebih terbela berikutan keputusan kerajaan mengkaji semula 87 elaun termasuk elaun bantuan sara hidup (COLA) serentak dengan penambahbaikan 22 skim perkhidmatan awam.
Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa, berkata penambahbaikan itu dijangka siap sebelum hujung tahun ini dan diumumkan sama ada pada akhir November atau awal Disember ini.
Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa, berkata penambahbaikan itu dijangka siap sebelum hujung tahun ini dan diumumkan sama ada pada akhir November atau awal Disember ini.
Syor skim perumahan khas
Selain itu, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan membuat cadangan kepada kerajaan mewujudkan skim perumahan khas kakitangan awam, terutama generasi muda.
Ramai penjawat awam yang mahu memiliki rumah di bandar besar tapi tidak kesampaian kerana kenaikan mendadak harga rumah. Kita akan lihat sama ada skim yang disyorkan ini boleh digabungkan dengan skim perumahan PR1MA. Kita juga akan tambah unit kuarters di tempat yang diperlukan, katanya.
Ali turut menolak tanggapan negatif bahawa insentif yang
diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah buah tangan pilihan raya kerana pelarasan gaji dan jawatan serta penambahbaikan perkhidmatan awam diumumkan setiap tahun.
Tarik minat jadi tentera
Sementara itu, Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, percaya keserataan pangkat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan perkhidmatan awam am akan menarik minat lebih ramai menyertai pasukan keselamatan.
Keserataan gred jawatan dan gaji ini adalah satu lonjakan drastik untuk ATM serta PDRM dan kita amat menghormati peranan mereka.
Saya percaya, inisiatif untuk kakitangan awam am lain juga berupaya menggerakkan mereka supaya lebih produktif, katanya.
Beliau juga berterima kasih kepada kerajaan kerana 22 isu berhubung kakitangan awam berjaya diselesaikan sejak lima tahun lalu.
Tuesday, February 26, 2013
MAJLIS PERASMIAN MENARA LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG & SAMBUTAN 40 TAHUN LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) telah mengadakan majlis perasmian Menara LPP dan Sambutan 40 Tahun yang telah dilaksanakan oleh YAB Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada Isnin 25 Februari 2013 jam 3.00 petang bertempat : Dewan Tan Sri Abu Zahar, Aras 1, Menara LPP, No. 20, Jalan Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur.
KESADA mengucapkan tahniah kepada Y.H Dato Arpan Shah Bin Satu, Ketua Pengarah LPP dan semua Jawatankuasa Sambutan atas kejayaan majlis perasmian Menara LPP dan Sambutan 40 Tahun yang telah dilaksanakan oleh YAB Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia Tahniah....
Thursday, February 21, 2013
CUEPACS KEMUKA CADANGAN KENAIKAN ELAUN PENJAWAT AWAM
Berita Harian
13/2/2013
13/2/2013
Kuala Lumpur: CUEPACS dijangka mengemukakan beberapa cadangan berhubung kenaikan elaun penjawat awam dalam pertemuan kesatuan sekerja itu bersama Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Dr Ali Hamsa di Putrajaya, hari ini.
Antaranya mengenai Imbuhan Tetap Perumahan (ITP), Elaun Sara Hidup (COLA), tuntutan penginapan, status jawatan kontrak, gaji maksimum dan peranan ketua jabatan.
Antaranya mengenai Imbuhan Tetap Perumahan (ITP), Elaun Sara Hidup (COLA), tuntutan penginapan, status jawatan kontrak, gaji maksimum dan peranan ketua jabatan.
Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata sebagai contoh CUEPACS mencadangkan supaya COLA diselaraskan kepada RM300, manakala ITP pula ditingkatkan daripada RM180 kepada RM450 berdasarkan kos hidup yang semakin meningkat dari semasa ke semasa.
Omar berkata, mengenai tuntutan penginapan pula, pihaknya berharap ia akan ditingkatkan kepada RM200 berbanding RM120 ketika ini, kerana kebanyakan hotel sudah menaikkan harga.
“Jumaat lalu, beliau (Ali) mengumumkan lebih 80 jenis elaun penjawat awam akan dikaji semula dan memandangkan kepemimpinan tertinggi CUEPACS mengadakan pertemuan bersamanya esok (hari ini), maka kita akan turut mengemukakan beberapa cadangan untuk dipertimbangkan kerajaan.
“Kesediaan kerajaan untuk mengkaji semula perkara (elaun) itu, menunjukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak pernah melupakan soal kebajikan penjawat awam,” katanya kepada BH, semalam.
Tujuan lebih 80 jenis elaun penjawat awam termasuk elaun sara hidup dikaji semula bagi melihat kesamarataan, kesaksamaan dan kemunasabahannya sebelum diumumkan Perdana Menteri.
Omar berkata, selain itu CUEPACS juga akan membincangkan secara terperinci mengenai penjawat awam yang sudah mencapai tangga gaji maksimum serta kadar kenaikan (gaji) yang bakal diperoleh mereka.
“Sebelum ini dimaklumkan bahawa mereka mungkin menerima kenaikan antara dua hingga lima peratus, bagaimanapun ia hanya membabitkan kakitangan awam yang mempunyai prestasi cemerlang serta mencatat markah 80 dan ke atas dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT).
“CUEPACS berharap kenaikan itu membabitkan semua kakitangan daripada kumpulan terbabit yang turut menyumbang kepada perkhidmatan awam. Kita juga akan berbincang mengenai peranan segelintir ketua jabatan yang kadang-kala menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pekerja,” katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)