Pages

Advertise

BERITA BARU

Wednesday, March 7, 2012

PERHIMPUNAN KHAS PENJAWAT AWAM BERSAMA PERDANA MENTERI AKAN DIADAKAN PADA 8 MAC 2012- SBPA BATAL

Sebentar tadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diperkenalkan pada 1 Januari lalu dibatalkan dan sistem saraan kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik. Kenyataan ini diumumkan semasa beliau berucap di majlis Perhimpunan Khas Penjawat Awam bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sebentar tadi. Antara intipati ucapan beliau adalah:

1. Mengumumkan pelarasan gaji berdasarkan jadual gaji matriks Sistem Saraan Malaysia (SSM) mengikut peratusan gred yang ditetapkan, antaranya:

Kumpulan pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54 – Pelarasan sebanyak 13%
Kumpulan Gred Utama C, B, A – Pelarasan sebanyak 9%
Gred Turus III dan II – Pelarasan sebanyak 8%
Gred Turus I dan Ketua Setiausaha Negara (KSN) – Pelarasan sebanyak 7%
2. Perdana Menteri juga mengumumkan kenaikan Elaun Sara Hidup (COLA) sebanyak RM50 di kawasan B dan C : -

Kawasan B – RM250
Kawasan C – RM150
Sebelum ini Elaun Sara Hidup (COLA) dikawasan B dan C adalah sebanyak RM200 dan RM100. Elaun COLA dikawasan A pula kekal sebanyak RM300.

Dengan terbatalnya pelaksanaan SBPA, segala perjanjian yang telah ditandatangani pada awal Januari 2012 yang lalu automatik terbatal. Kakitangan awam sekarang menunggu bila tarikh kenaikan ini akan dikuatkuasakan samada tertakluk pada kenaikan tahunan seperti biasa atau sebaliknya.


Nazarruddin Bin Mostijan dan Presiden Cuepac Dato Omar Othman bergambar bersama selepas menghadiri Perhimpunan Penjawat Awam bersama CUEPAC di PICC Putra Jaya

Perhimpunan penjawat awam bersama YAB Perdana Menteri Malaysia telah diadakan pada:

Tarikh : 8 Mac 2012

Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari

Tempat : Dewan Perdana, Dewan A dan Dewan B Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

KESADA telah diwakili oleh Naib YDP Nazarruddin Bin Mostijan mendengar satu pengumuman penting yang akan disampaikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak