Pages

Advertise

BERITA BARU

Thursday, November 5, 2009

MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN KESATUAN KAKITANGAN AKAUN/AUDIT (KESADA)


MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN KESATUAN KAKITANGAN AKAUN/AUDIT (KESADA)
LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG SEMENANJUNG MALAYSIA KALI KE 14

MESYUARAT AGUNG KESADA KALI KE 14

MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN KESATUAN KAKITANGAN AKAUN/AUDIT (KESADA)
LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG SEMENANJUNG MALAYSIA KALI KE 14


Tarikh : 26 Oktober 2009
Masa : 8.30 malam
Tempat : Palm Spring Resort City
Port Dickson, Negeri Sembilan


Perasmian
Majlis dirasmikan oleh Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang, Puan Hajjah Mariam Mas binti Yaakob.

Antara isipati kandungan ucapan perasmian beliau adalah :

•Menyarankan supaya meningkatkan tadbir urus kewangan yang baik.
•LPP telah berjaya membuat penyusunan semula jawatan termasuk kumpulan W.
•Beliau juga menyatakan bahawa nisbah perjawatan kekananan kumpulan W adalah terendah iaitu 1:4.
•Menyarankan supaya mengamalkan konsep ‘pre engineering’ dalam melaksanakan tugas serta perlu menanamkan dalam diri dengan ‘creative thinking’ dan ‘think outside the box’.
•Selaras dengan kemajuan ICT, Ketua Pengarah menggalakkan agar kesemua kemudahan teknologi maklumat digunakan dengan sepenuhnya dalam menjalankan tugas.
•Bersetuju dengan saranan dari KESADA, agar Sistem Primary perlu ada tahap ke6, iaitu penyemakan.

Seterusnya beliau merasmikan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan KESADA LPP Semenanjung Malaysia Kali Ke 14.

DARI KACA MATA PRESIDEN




Assalamualaikum……..

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t. dan setinggi-tinggi tahniah kepada sidang blogger dan seluruh warga KESADA LPP kerana pada hari ini kita telah berjaya menerbitkan blog kita sendiri untuk menjadi nadi dan wadah perjalanan kesatuan kita.

Kini, kita telah melangkah ke satu era baru, satu cabaran baru, ke arah era globalisasi, era dunia tanpa sempadan dan zaman modenisasi. Semua ini merupakan satu wacana kehidupan yang perlu diterokai dan direbut. Dari sinilah kita harus mencari, merebut dan seterusnya mencipta peluang walaupun banyak halangan yang terpaksa ditempuhi.

Justeru itu, pelbagai matlamat dan wawasan yang perlu dilaksanakan, disempurnakan dan dicapai demi menjaga hak dan kepentingan para ahli kesatuan. Bagi mencapai misi ini, para ahli kesatuan diharapkan dapat memberi sepenuh komitmen dan kerjasama yang tidak berbelah bagi baik dari segi tenaga mahupun buah fikiran. Visi kita biarlah kita duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan mereka-mereka yang berjaya. Biarlah kita menjadi aset kepada pihak pengurusan. Langkah ini perlu diatur bermula sekarang sehinggalah kita dapat berjalan seiring dengan mereka-mereka yang masyhur.

Selain dari itu, kita hendaklah meletakkan diri kita ke satu tahap yang professional dan gemilang. Jangan malu melontarkan idea dan pemikiran. Jadikan diri kita ini seorang yang efektif dan efisien. Jadikan diri kita ini seorang yang wibawa dan berdedikasi tinggi. Suara kita adalah hak kita, tindakan kita adalah wawasan kita dan idea kita membantu organisasi kita. Ingatlah, jawatankuasa sentiasa berjuang dan mengambil berat akan kehendak dan kebajikan ahli-ahli demi mencapai matlamat yang ditetapkan.

Akhir kalam, sejuta penghargaan terima kasih harus diberikan kepada Ketua Pengarah LPP dan pihak pengurusan LPP kerana sentiasa mendengar dan mengambil tindakan atas luahan rasa kesatuan kita. Dorongan dan ruh semangat juga sentiasa ditiupkan kepada kesatuan kita oleh pihak pengurusan LPP. Ucapan jutaan terima kasih juga kepada kesemua mantan jawatankuasa, exco kini dan semua ahli KESADA LPP Semenanjung Malaysia kerana sentiasa menyokong dan membantu kita dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

Sekian, terima kasih. Wassalam……..