Pages

Advertise

BERITA BARU

Wednesday, October 19, 2011

BERSARA AWAL=PENCEN PILIHAN+BERSARA WAJIB

Pernahkah anda semua terasa penat dan bosan dengan kerja? Terasa ingin bersara awal dari tarikh yang sepatutnya. Saya yakin ada antara kita yang mempunyai perasaan ingin bersara awal disebabkan perkara seperti berikut :-


1. Penat melayan karenah kerja-kerja yang tidak pernah selesai-selesai. Habis satu kerja ada lagi yang mendatang…

2. Politikus pejabat yang menyakitkan hati. Ada berlaku ‘tikam belakang’, ‘dengki mendengki’, ‘jatuh menjatuhkan’ yang memberikan tekanan kepada diri..

3. Tak tahan dengan arahan berbelit dari pihak atasan. Yang ni suruh buat cara ni, yang itu buat cara ni. Itu belum masuk lagi arahan lisan yang berubah-ubah. Kejap cakap A kejap cakap B.. Pasti membuatkan jantung bergerak laju ..

4. Kena marah . Biasalah kalau kena marahkan tapi kalau salah orang lain pun memang sakit…


Itu merupakan antara beberapa sebab terdapat segelintir dari kita yang selalu memikirkan masa untuk pencen / bersara awal. Sebenarnya bukan orang lain yang fikir pun, si Polaan adalah profail tersebut.. Ha ha ha. Tapi rasanya mungkin anda juga mempunyai pemikiran yang serupa. Tapi secara realitinya bukanlah mudah untuk pencen / bersara awal tanpa mempunyai kewangan yang kukuh. Almaklumlah kalau simpanan setakat 4 angka mustahil untuk menempuh hidup-hidup yang mendatang. Lagipun hutang keliling pinggang yang perlu diselesaikan.
Seperti yang kita sedia maklum, umur persaraan kebiasaannya adalah 56 -60 tahun . Sebagai salah seorang kakitangan kerajaan, si Polaan memilih 56 tahun (kalau ada lagi awal mungkin pilih tu) sebagai umur pencen. Almaklumlah secara sedarnya umur 50 tahap bosan terhadap kerja pasti terasa lebih-lebih lagi melakukan kerja yang sama sepanjang 2+ tahun.
Walaubagaimanapun perancangan perlu dilakukan kerana mungkin pencen / bersara awal boleh dilakukan. Yang penting adalah perancangan dari segi kewangan dan kehidupan. Perlu mempunyai sesuatu untuk menjamin kehidupan di masa hadapan. Takkan selepas umur 60 masih lagi bertungkus lumus bekerja menjadi ‘jaga’ yang masih memerlukan pendapatan ‘makan gaji’. Mungkin pada umur tersebut boleh melakukan kerja-kerja pendapatan pasif seperti ‘rumah sewa’, ‘ladang ‘, ‘dusun’ dan sebagainya. Harap-harap begitulah..

Perancangan Kewangan ?

Perancangan kewangan adalah melibatkan persoalan-persoalan mengenai masa depan, impian dan matlamat anda. Ianya merangkumi apa yang anda mahukan dalam kehidupan anda, sebagai contoh mendirikan rumah tangga, membeli rumah atau kereta, mendapat cahaya mata dan membiayai pelajaran anak-anak kita.
Untuk memenuhi hasrat dan impian ini, anda perlu merancang dari segi kewangan. Dalam perancangan kewangan, adan akan melihat bagaimana perlunya menyediakan bajet atau belanjawan, menyimpan dan membelanjakan wang anda sepanjang masa.


Langkah-langkah dalam Perancangan Kewangan
Terdapat 5 langkah penting dalam proses perancangan kewangan :
1. Menilai kedudukan kewangan anda sekarang
2. Menetapkan matlamat kewangan anda.
3. Menyediakan pelan kewangan anda.
4. Melaksanakan pelan kewangan anda.
5. Memantau dan menilai semula pelan kewangan anda.


Faedah Perancangan Kewangan
Jika anda dapat mengaturkan tabiat perancangan kewangan yang baik dan teratur, anda boleh memastikan anda mempunyai cukup wang untuk digunakan pada masa masa hadapan. Dengan pelan kewangan peribadi, anda akan :
mempunyai lebih kawalan terhadap hal-ehwal kewangan dan anda berupaya mengelakkan perbelanjaan yang berlebihan, hutang tidak terurus, kebankrapan atau bergantung pada orang lain;
mengeratkan lagi hubungan peribadi anda dengan orang disekeliling anda, seperti keluarga anda, kawan-kawan dan rakan sekerja, kerana anda gembira dengan kehidupan anda dan tidak perlu meminjam wang untuk memenuhi keperluan hidup atau mengharapkan sumbangan daripada orang lain;
bebas daripada kebimbangan kewangan kerana anda telah merancang bagi masa depan, menjangka perbelanjaan dan mencapai matlamat peribadi hidup anda;
menjadi lebih efektif untuk mendapatkan, menggunakan dan melindungi sumber kewangan anda sepanjang hayat, bukan hanya bagi diri anda malah bagi mereka yang tersayang
Dengan erti kata lain, apabila anda mempunyai pelan kewangan peribadi yang terurus, anda akan lebih arif tentang keperluan masa depan dan sumber kewangan anda yang sedia ada. Anda juga mendapat ketenangan kerana mampu mengawal segala-galanya dalam hidup anda.



Proses Perancangan Kewangan Peribadi Anda
Menilai kedudukan kewangan semasa anda.
Menetapkan matlamat kewangan peribadi anda.
Menentukan tindakan yang perlu diambil
Menilai alternatif yang akan memenuhi matlamat kewangan anda
Mewujudkan pelan kewangan anda dan melaksanakannya
Mengkaji semula dan menyemak pelan kewangan anda

Memandangkan keperluan anda adalah berbeza-beza mengikut umur dan keutamaan, keutamaan kewangan anda akan diselaraskan untuk memenuhi keperluan tersebut pada waktu yang berlainan dalam hidup anda. Maka, apa yang anda lakukan dengan wang anda sambil menempuh kehidupan dewasa bergantung pada matlamat kewangan anda. Walaubagaimanapun, adalah penting dan berfaedah untuk ditekankan disini bahawa untuk mencapai matlamat kewangan, anda perlu membuat simpanan dan menabung mulai sekarang

sUkA-sUkA

NoStAlGiA


PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO DAN JENAMA PRODUK INDUSTRI ASAS TANI PERTUBUHAN PELADANG

Pertandingan Mencipta logo dan Jenama Industri Asas Tani Lembaga Pertubuhan Peladang


Reka cipta hendaklah dihasilkan menggunakan kertas bersaiz A4 (ukuran 21cm x 29.7cm) berwarna putih dalam bentuk “sketches” atau “paintings” dan dilekatkan pada kertas tebal atau “mounting board” dan juga disediakan dalam bentuk “softcopy” menggunakan format AI (adobe Illustration) dan JPEG dengan resolusi minimum 1280 x 960. •



Pereka hendaklah memberi keterangan atau penjelasan (rasional) ke atas rekabentuk logo dan jenama serta warna yang digunakan.


• Reka cipta bolehlah dibuat sama ada menggunakan grafik komputer atau lukisan tangan (free hand) dan menggunakan TIDAK LEBIH dari lima (5) warna.


• Ciptaan mestilah ASLI dan tidak mengandungi unsur atau elemen yang boleh dianggap sensitif dan boleh menyinggung mana-mana pihak.


• Logo dan jenama boleh menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggersi. • Logo dan jenama hendaklah menggambarkan gerakan dan rantaian PP dan peranan dalam membangunkan peladang-peladang.


B. SYARAT PENYERTAAN


• Terbuka kepada semua warganegara Malaysia, individu atau berkumpulan.

• Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan.

• Penyertaan hendaklah dikemukakan bersama-sama dengan Borang Penyertaan seperti di Lampiran A.

• Semua penyertaan adalah tertakluk kepada keputusan MUKTAMAD oleh panel penilai. Panel penilai berhak mengubahsuai dan meminda rekabentuk karya, sekiranya perlu.

• Semua penyertaan adalah menjadi hak milik LPP dan tidak akan dikembalikan.

• Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Oktober 2011.




C. HADIAH PENYERTAAN


• Pemenang akan menerima ganjaran wang tunai seperti berikut:


i. Pemenang Peringkat Kebangsaan .Pemenang Utama : RM1,300.00

ii. Pemenang Peringkat Negeri . Tempat Pertama : RM500.00 . Tempat Kedua : RM300.00 . Tempat Ketiga : RM100.00 •



Walaubagaimanapun, LPP berhak untuk tidak memilih pemenang di kalangan peserta pertandingan sekiranya panel penilai memutuskan tiada peserta yang layak dianugerahkan sebagai pemenang. • Pemenang akan dimaklumkan melalui pos.



Borang dan keterangan lain boleh di download di Website LPP : http://www.lpp.gov.my/