Pages

Advertise

BERITA BARU

Wednesday, October 19, 2011

BERSARA AWAL=PENCEN PILIHAN+BERSARA WAJIB

Pernahkah anda semua terasa penat dan bosan dengan kerja? Terasa ingin bersara awal dari tarikh yang sepatutnya. Saya yakin ada antara kita yang mempunyai perasaan ingin bersara awal disebabkan perkara seperti berikut :-


1. Penat melayan karenah kerja-kerja yang tidak pernah selesai-selesai. Habis satu kerja ada lagi yang mendatang…

2. Politikus pejabat yang menyakitkan hati. Ada berlaku ‘tikam belakang’, ‘dengki mendengki’, ‘jatuh menjatuhkan’ yang memberikan tekanan kepada diri..

3. Tak tahan dengan arahan berbelit dari pihak atasan. Yang ni suruh buat cara ni, yang itu buat cara ni. Itu belum masuk lagi arahan lisan yang berubah-ubah. Kejap cakap A kejap cakap B.. Pasti membuatkan jantung bergerak laju ..

4. Kena marah . Biasalah kalau kena marahkan tapi kalau salah orang lain pun memang sakit…


Itu merupakan antara beberapa sebab terdapat segelintir dari kita yang selalu memikirkan masa untuk pencen / bersara awal. Sebenarnya bukan orang lain yang fikir pun, si Polaan adalah profail tersebut.. Ha ha ha. Tapi rasanya mungkin anda juga mempunyai pemikiran yang serupa. Tapi secara realitinya bukanlah mudah untuk pencen / bersara awal tanpa mempunyai kewangan yang kukuh. Almaklumlah kalau simpanan setakat 4 angka mustahil untuk menempuh hidup-hidup yang mendatang. Lagipun hutang keliling pinggang yang perlu diselesaikan.
Seperti yang kita sedia maklum, umur persaraan kebiasaannya adalah 56 -60 tahun . Sebagai salah seorang kakitangan kerajaan, si Polaan memilih 56 tahun (kalau ada lagi awal mungkin pilih tu) sebagai umur pencen. Almaklumlah secara sedarnya umur 50 tahap bosan terhadap kerja pasti terasa lebih-lebih lagi melakukan kerja yang sama sepanjang 2+ tahun.
Walaubagaimanapun perancangan perlu dilakukan kerana mungkin pencen / bersara awal boleh dilakukan. Yang penting adalah perancangan dari segi kewangan dan kehidupan. Perlu mempunyai sesuatu untuk menjamin kehidupan di masa hadapan. Takkan selepas umur 60 masih lagi bertungkus lumus bekerja menjadi ‘jaga’ yang masih memerlukan pendapatan ‘makan gaji’. Mungkin pada umur tersebut boleh melakukan kerja-kerja pendapatan pasif seperti ‘rumah sewa’, ‘ladang ‘, ‘dusun’ dan sebagainya. Harap-harap begitulah..

No comments:

Post a Comment