Pages

Advertise

BERITA BARU

Wednesday, October 19, 2011

Perancangan Kewangan ?

Perancangan kewangan adalah melibatkan persoalan-persoalan mengenai masa depan, impian dan matlamat anda. Ianya merangkumi apa yang anda mahukan dalam kehidupan anda, sebagai contoh mendirikan rumah tangga, membeli rumah atau kereta, mendapat cahaya mata dan membiayai pelajaran anak-anak kita.
Untuk memenuhi hasrat dan impian ini, anda perlu merancang dari segi kewangan. Dalam perancangan kewangan, adan akan melihat bagaimana perlunya menyediakan bajet atau belanjawan, menyimpan dan membelanjakan wang anda sepanjang masa.


Langkah-langkah dalam Perancangan Kewangan
Terdapat 5 langkah penting dalam proses perancangan kewangan :
1. Menilai kedudukan kewangan anda sekarang
2. Menetapkan matlamat kewangan anda.
3. Menyediakan pelan kewangan anda.
4. Melaksanakan pelan kewangan anda.
5. Memantau dan menilai semula pelan kewangan anda.


Faedah Perancangan Kewangan
Jika anda dapat mengaturkan tabiat perancangan kewangan yang baik dan teratur, anda boleh memastikan anda mempunyai cukup wang untuk digunakan pada masa masa hadapan. Dengan pelan kewangan peribadi, anda akan :
mempunyai lebih kawalan terhadap hal-ehwal kewangan dan anda berupaya mengelakkan perbelanjaan yang berlebihan, hutang tidak terurus, kebankrapan atau bergantung pada orang lain;
mengeratkan lagi hubungan peribadi anda dengan orang disekeliling anda, seperti keluarga anda, kawan-kawan dan rakan sekerja, kerana anda gembira dengan kehidupan anda dan tidak perlu meminjam wang untuk memenuhi keperluan hidup atau mengharapkan sumbangan daripada orang lain;
bebas daripada kebimbangan kewangan kerana anda telah merancang bagi masa depan, menjangka perbelanjaan dan mencapai matlamat peribadi hidup anda;
menjadi lebih efektif untuk mendapatkan, menggunakan dan melindungi sumber kewangan anda sepanjang hayat, bukan hanya bagi diri anda malah bagi mereka yang tersayang
Dengan erti kata lain, apabila anda mempunyai pelan kewangan peribadi yang terurus, anda akan lebih arif tentang keperluan masa depan dan sumber kewangan anda yang sedia ada. Anda juga mendapat ketenangan kerana mampu mengawal segala-galanya dalam hidup anda.



Proses Perancangan Kewangan Peribadi Anda
Menilai kedudukan kewangan semasa anda.
Menetapkan matlamat kewangan peribadi anda.
Menentukan tindakan yang perlu diambil
Menilai alternatif yang akan memenuhi matlamat kewangan anda
Mewujudkan pelan kewangan anda dan melaksanakannya
Mengkaji semula dan menyemak pelan kewangan anda

Memandangkan keperluan anda adalah berbeza-beza mengikut umur dan keutamaan, keutamaan kewangan anda akan diselaraskan untuk memenuhi keperluan tersebut pada waktu yang berlainan dalam hidup anda. Maka, apa yang anda lakukan dengan wang anda sambil menempuh kehidupan dewasa bergantung pada matlamat kewangan anda. Walaubagaimanapun, adalah penting dan berfaedah untuk ditekankan disini bahawa untuk mencapai matlamat kewangan, anda perlu membuat simpanan dan menabung mulai sekarang

No comments:

Post a Comment