Pages

Advertise

BERITA BARU

Friday, November 2, 2012

APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH


Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian
Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..
Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?
Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..
Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita.

Sumber :http://hazrilhafiz.blogspot.com/2012/10/apa-yang-anda-tak-tahu-tentang-seorang.html

Thursday, November 1, 2012

Kerajaan kaji semula skim gaji penjawat awam mulai tahun depan Kerajaan kaji semula skim gaji penjawat awam mulai tahun depan .

MELAKA: 31hb Oktober 2012 : MITC: Kerajaan akan mengkaji semula skim gaji penjawat awam termasuk kenaikan tahunan sehingga lima peratus bermula tahun depan.Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata kajian itu bagi membantu penjawat awam menangani masalah kos hidup yang semakin meningkat.

"Kita akan mengambil kira mungkin mengikut kategori, kalau lima peratus itu untuk kategori yang teratas terlalu tinggi dan kita akan menyelaraskan semula," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama 500 penjawat awam dan Anugerah Inovasi Sektor Awam di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Melaka Rabu.

Hadir sama Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Datuk Mohamad Zaidi Zainal dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Wira Omar Kaseh.

Bernama melaporkan beliau berkata kajian berkenaan juga akan meneliti segala aspek bagi memastikan setiap penjawat awam mendapat manfaat daripada pelaksanaan skim gaji berkenaan termasuk isu penjawat awam yang menerima tangga gaji maksimum.

Ali berkata pihaknya turut mengambil kira kajian yang dibuat Suruhanjaya Khas Tranformasi Perkhidmatan Awam yang akan membentangkan laporan penuh kepada kerajaan pada akhir tahun ini.

"Buat masa ini suruhanjaya berkenaan sedang membuat kajian menyeluruh berhubung sektor awam di negara ini, kita akan ambil isu kenaikan gaji ini jika ia ada termaktub dalam kajian itu, namun jika tidak ada isu (kenaikan gaji) dalam laporan itu, kita akan mulakan kajian mengenainya pada tahun depan," katanya.
SUMBER : Arkib  Arkib Agenda Daily 

Monday, October 8, 2012

KSN SAMPAIKAN ANUGERAH PENARAFAN 4 BINTANG KEPADA KEPADA LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG


3 Okt 2012-  Di Agensi Remote Sensing Malaysia: YBhg. Dato' Sri Dr. Ali bin Hamsa, Ketua Setiausaha Negara telah menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti Tahun 2011 kepada Lembaga Pertubuhan Peladang.
Anugerah tersebut disampaikan kepada Lembaga Pertubuhan Peladang  atas kejayaan Lembaga Pertubuhan Peladang  mendapatkan penarafan 4 bintang bagi Audit Star Rating Indeks Akauntabiliti Pengurusan Kewangan Lembaga Pertubuhan Peladang  2011 yang dibuat oleh Jabatan Audit Negara.  Y.H Dato’ Arpan Shah Bin Satu Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang  yang hadir menerima anugerah tersebut, ia  sebagai  pengiktirafan dan  menjadi sejarah tersendiri kepada Lembaga Pertubuhan Peladang.  
Indeks Akauntabiliti Pengurusan Kewangan atau dikenali sebagai IA diperkenalkan oleh Jabatan Audit Negara untuk mengukur kualiti secara objektif bagi pengurusan kewangan Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan. IA yang mula dilaksanakan pada tahun 2007 akan melihat dan menilai sejauhmana sesebuah jabatan kerajaan melaksanakan pengurusan kewangan mengikut undang-undang dan peraturan kewangan yang telah ditetapkan.

TAHNIAH.....WARGA LPP DARI KESADA...
http://www.audit.gov.my/images/stories/pdf/penarafan/bbp/prestasi%20ai%202011_bbp.pdf

Wednesday, September 26, 2012

KURSUS ASAS DAN PENGIRAAN CUKAI PERNIAGAAN PERTUBUHAN PELADANG

Tarikh : 30/9/2012
Tempat :. IPP Langkawi
Jumlah  Peserta : 45 anggota LPP




































KESADA mengucapkan selamat berkursus semoga anda semua dapat memberi perhatian sepenuhnya kepada program tersebut.  

Thursday, September 20, 2012

BELANJAWAN: PENJAWAT AWAM SEDIA KERJA LEBIH WAKTU JIKA TUNTUTAN DIPENUHI

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berkata lebih 1.4 juta penjawat awam sedia bekerja lebih masa jika 70 peratus daripada enam cadangannya dilulus kerajaan dalam Belanjawan 2013.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata penjawat awam akan bekerja lebih masa selama 30 minit tanpa ganjaran jika tuntutan mereka termasuk penambahbaikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) diterima kerajaan.

"Cuepacs akan pastikan penjawat awam akan melakukan satu perubahan drastik dari segi budaya bekerja, kalau boleh kita datang 15 minit awal dan balik lewat 15 minit yang merupakan komitmen daripada penjawat awam bagi menghargai jasa kerajaan meluluskan tuntutan tersebut," katanya kepada pemberita Rabu.

Beliau yang ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Cuepacs ke-9 di sini, berkata penjawat awam masih menunggu perubahan dan penambahbaikan ke atas SSM setelah diumumkan pada 8 Mac lepas, susulan pembatalan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam.

Tuntutan lain ialah penyelesaian isu tangga gaji maksimum yang tidak selaras dengan kenaikan gaji tahunan; projek perumahan di bawah harga RM135,000 dalam kawasan bandar; menaikkan imbuhan tetap perumahan; kedudukan status 45,000 penjawat awam berstatus kontrak; bonus dua bulan gaji dan mengkaji semula pemansuhan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) di peringkat pusat.

-- BERNAMA

Thursday, August 30, 2012

“SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-55”

Sempena Hari Kemerdekaan Ke-55 negara Malaysia yang bakal disambut pada tanggal 31 Ogos 2012 ini, Kesada mengambil kesempatan untuk mengucapkan

“SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-55”

Kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya kepada seluruh anggota Lembaga Pertubuhan Peladang. Semoga dengan izin Allah SWT negara kita akan menjadi lebih maju, berjaya, aman, makmur, sentosa dan bersatu padu diantara berbilang kaum agar segala cita-cita kearah cara hidup yang lebih produktif seiring dengan keimanan yang kuat dan teguh.

Sama-samalah kita mendoakan keatas para pejuang dan pembela bangsa yang telah bersusah payah, mencurah keringat, harta dan menggadai nyawa demi memastikan hidup kita hari ini bebas dan merdeka, agar mereka semua dikurniakan dengan sebaik-baik balasan oleh Allah SWT di akhirat kelak.


MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA

Friday, July 27, 2012

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Ya ALLAH, YA RABBI YA TUHAN KAMI sempena "Aidil Fitri" & Ramadhan yang barkah ini, muliakan dan sayangi saudaraku. Bahagiakan keluarganya, sihatkan tubuh badannya, berkati rezekinya, kuatkan imannya. Beri kenikmatan ibadah, jauhkan dari fitnah."Maaf Zahir Batin" Amin Amin Ya rabbil alamin
Dari KESADA .....

Friday, June 22, 2012

PROGRAM KECEMERLANGAN DAN KECERGASAN ANGGOTA LPP TAHUN 2012


Program Kecemerlangan dan Kecergasan Anggota LPP Tahun 2012 akan diadakan pada 5 hingga 9 Julai 2012 di UKM Bangi, Selangor. Acara Kebudayaan dan Majlis Penutup akan diadakan pada 8 Julai 2012 ( Ahad ), jam 8.00 malam, di Dewan Tun Abdul Razak, UKM, Bangi, Selangor.

PERLUKAH SAYA BERHENTI KERJA?

Oleh Roshan Thiran, Ketua Eksekutif,  Leaderonamics
Ashini sangat kecewa dengan kerjanya. Gaji rendah, waktu kerja yang lama dan ketua yang teruk yang menyebabkannya tidak 'bermaya' dan todah bermotivasi untuk bekerja.
Kini dia telah mula berfikir 'patutkah dia berhenti?'.
Mungkin dalam hidup ini,  kita juga pernah berfikir untuk berhenti / mengalah dan berubah kepada kehidupan yang lain.  Mungkin kita terfikir untuk terus bekerja untuk meningkatkan kerjaya di tempat kerja sedia ada.
Oleh itu, bagaimanakah untuk kita  mengetahui masa yang sesuai samada untuk berhenti kerja atau sebaliknya.
PERATURAN DUA TAHUN (TWO-YEAR RULE)
Sebelum menentukan samada anda ingin berhenti kerja atau tidak, anda perlu menjawap soalan ini.
"adakah anda telah berkhidmat sekurang- kurangnya 2 tahun dalam jawatan sekarang? kerana rasionalnya adalah ....

'MASA 6 BULAN PERTAMA ADALAH UNTUK MEMAHAMI BUDAYA, PROSES KERJA DAN MENGHAYATI KEHENDAK ORGANISASI/JABATAN, 6 BULAN SETERUSNYA UNTUK  MENGENALPASTI  FAKTOR- FAKTOR YANG BOLEH DITAMBAHBAIK DAN MERANCANG PERUBAHAN, 6 BULAN LAGI UNTUK MELAKSANAKAN PERUBAHAN DAN MELIHAT IMPAKNYA,  SEMENTARA BAKI 6 BULAN AKHIR ADALAH  UNTUK MELIHAT HASIL PERUBAHAN TERSEBUT DAN JUGA UNTUK  MENILAI SAMADA PERUBAHAN YANG DILAKSANAKAN BERJAYA ATAU SEBALIKNYA. JIKA TIDAK BERJAYA, ANDA PERLU MEMIKIRKAN PERUBAHAN YANG LEBIH STRATEGIK UNTUK MENHASILKAN KEJAYAAN YANG DISASARKAN'.
Mengikut Anders Ericson.. Anda akan mempelajari dan memahami kerja anda dan akan menjadi sangat kompeten setelah bekerja 10,000 jam (pada asas 12 jam bekerja sehari). 10,000jam bersamaan 2 tahun minimum bekerja. Jika telah berkhidmat selama 2 tahun, barulah adil jika soalan 'patutkah saya berhenti?' ditanya. Namun, adakah anda ingin berhenti kerja kerana ditawarkan kerja yang diidamkan, atau  kerja semasa anda sangat melemaskan, tidak bertenaga dan tidak memberangsangkan. Ini sebenarnya satu petunjuk agar anda mencari pekerjaan lain.
JIKA KITA MENGHAYATI KERJA IA SEPATUTNYA MENYERONOKKAN.

KEKAL BERKHIDMAT JUGA MUNGKIN BAIK
Jika anda ingin berhenti berkhidmat atau mengalah kerana konflik di tempat bekerja, perlu diingat bahawa konflik sentiasa berada di mana-mana. Oleh itu, kenali dan atasilah konflik yang dihadapi sebelum membuat keputusan untuk berhenti.
Pernah satu ketika dulu, seorang yang bekerja di NBC dan merasakan ingin berhenti kerja kerana kecewa dengan ketua yang sering memberikan kerja yang tidak memberangsang dan membosankan.  Resume dan permohonan kerja juga dihantar sehinggalah mentornya menasihati agar berterus terang dengan ketuanya tentang masalah yang dihadapinya. Perbincangan yang jujur menyebabkan prasangka yang negatif terhapus dan penulis dapat memotivasikan diri untuk lebih cemerlang. Ketuanya juga turut menghargai beliau.

Kekal berkhidmat juga ada manfaatnya kerana dasar kekananan mempunyai merit. Walau bagaimanapun , jika ingin bertukar kerja kerana menpunyai manfaatnya tersendiri di mana anda keluar dari  'comfort zone' dan lebih progresif. Dengan asas yang betul mungkin keputusan anda untuk berhenti itu adalah tepat- ' QUIT FOR THE RIGHT REASON'.
 Perlu diingat, seseorang  yang berjaya dalam melakukan sesuatu yang mustahil adalah orang yang tidak mengenal erti putus asa.

BILA PATUT SAYA BERHENTI
1.Organisasi anda telah hilang tujuannya dan anda tidak lagi rasa bangga menjadi anggota yang   berkhidmat dengannya. Ini akan memanfaat kedua- dua pihak, anda sendiri dan organisasi anda.
2.Perhubungan anda dengan ketua telah musnah dan tidak lagi boleh dipulihkan.
3.Kehidupan anda berubah dan budaya kerja anda tidak lagi bersesuaian dengan kehidupan anda. Mungkin   kerana aspirasi anda berubah kerana keperluan peribadi.
4.Budaya dan nilai kerja anda tidak lagi selari dengan budaya kerja organisasi sehingga menyebabkan   etika kerja anda tercabar. Anda tidak boleh berkompromi dalam nilai dan integriti kerja anda.
5.Tingkahlaku anda sendiri yang buruk. Hubungan yang tidak baik di kalangan rakan- rakan sekerja,
  ponteng kerja, datang lewat dan mempunyai reputasi yang tidak di pejabat.
6.Tahap tekanan kerja yang sangat tinggi sehingga menyebabkan kesan buruk kepada kesihatan. Jika   benar-benar merasakan 'burnt out', kenalpasti sebabnya. Adakah beban kerja terlalu berat kerana   kekurangan anggota? Jika ini berlaku, perlu berbincang dengan pihak atasan untuk mengurus sumber   dengan lebih effisien. Berhenti bukanlah jawapannya.
7.Tidak dipedulikan oleh ketua. Anda perlu kenalpasti terlebih dahulu sebabnya sebelum membuat   keputusan berhenti.
8.Tiada keseronokan datang bekerja, rasa  bosan, kekurangan tugasan yang lebih mencabar. Jika ini   terjadi, cubalah mencipta sesuatu tugasan yang lebih menarik dan kreatif sebelum membuat keputusan berhenti.
Janganlah berhenti kerja kerana merasa tidak gembira. Mungkin ada isu lain yang menyebabkan anda tidak gembira. Selesaikanlah... isu sebenar.  Jika faktor ketua anda yang menjadi penyebab, ianya mungkin dapat diatasi dengan mendapatkan nasihat dari mentor yang sesuai. Sekali anda berhenti atas sebab yang tidak tepat akan menyebabkan ianya menjadikannya satu kebiasaan.

AKHIRNYA APA YANG  PATUT DIIFIKIRKAN
Akhirnya, kunci kepada sesuatu kejayaan dalam kerjaya  adalah PEMBELAJARAN YANG BERTERUSAN DISAMPING PENINGKATAN KERJAYA. Oleh itu, setiap kali anda terfikir untuk berhenti dan pergi ke tempat kerja baru, pastikan  cabaran yang akan dilalui mestilah lebih besar untuk  peingkatan kerjaya dan untuk pembelajaran.
Jika ada masalah ditempat kerja, janganlah terus menjurus kepada keputusan untuk berputus asa. Tanyalah kepada diri dan kenalpasti sebabnya.  Adakah  ini kerana ketua yang sangat teruk, rakan sekerja yang tiada keserasian, kuranganya komunikasi ataupun mungkin kerana potensi anda yang tidak digunakan sepenuhnya. Apapun jawapannya, sedarlah ke semua ini boleh berlaku dimana saja.
Ingatlah...
MANUSIA SERINGKALI BERPUTUS ASA APABILA MEREKA TELAH HAMPIR DENGAN KEJAYAAN, MEREKA MENGALAH DI SAAT AKHIR PERMAINAN, HANYA 1 LANGKAH LAGI SAJA UNTUK MENANG...!