Pages

Advertise

BERITA BARU

Friday, November 2, 2012

APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH


Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian
Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..
Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?
Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..
Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita.

Sumber :http://hazrilhafiz.blogspot.com/2012/10/apa-yang-anda-tak-tahu-tentang-seorang.html

Thursday, November 1, 2012

Kerajaan kaji semula skim gaji penjawat awam mulai tahun depan Kerajaan kaji semula skim gaji penjawat awam mulai tahun depan .

MELAKA: 31hb Oktober 2012 : MITC: Kerajaan akan mengkaji semula skim gaji penjawat awam termasuk kenaikan tahunan sehingga lima peratus bermula tahun depan.Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata kajian itu bagi membantu penjawat awam menangani masalah kos hidup yang semakin meningkat.

"Kita akan mengambil kira mungkin mengikut kategori, kalau lima peratus itu untuk kategori yang teratas terlalu tinggi dan kita akan menyelaraskan semula," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama 500 penjawat awam dan Anugerah Inovasi Sektor Awam di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Melaka Rabu.

Hadir sama Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Datuk Mohamad Zaidi Zainal dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Wira Omar Kaseh.

Bernama melaporkan beliau berkata kajian berkenaan juga akan meneliti segala aspek bagi memastikan setiap penjawat awam mendapat manfaat daripada pelaksanaan skim gaji berkenaan termasuk isu penjawat awam yang menerima tangga gaji maksimum.

Ali berkata pihaknya turut mengambil kira kajian yang dibuat Suruhanjaya Khas Tranformasi Perkhidmatan Awam yang akan membentangkan laporan penuh kepada kerajaan pada akhir tahun ini.

"Buat masa ini suruhanjaya berkenaan sedang membuat kajian menyeluruh berhubung sektor awam di negara ini, kita akan ambil isu kenaikan gaji ini jika ia ada termaktub dalam kajian itu, namun jika tidak ada isu (kenaikan gaji) dalam laporan itu, kita akan mulakan kajian mengenainya pada tahun depan," katanya.
SUMBER : Arkib  Arkib Agenda Daily 

Monday, October 8, 2012

KSN SAMPAIKAN ANUGERAH PENARAFAN 4 BINTANG KEPADA KEPADA LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG


3 Okt 2012-  Di Agensi Remote Sensing Malaysia: YBhg. Dato' Sri Dr. Ali bin Hamsa, Ketua Setiausaha Negara telah menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti Tahun 2011 kepada Lembaga Pertubuhan Peladang.
Anugerah tersebut disampaikan kepada Lembaga Pertubuhan Peladang  atas kejayaan Lembaga Pertubuhan Peladang  mendapatkan penarafan 4 bintang bagi Audit Star Rating Indeks Akauntabiliti Pengurusan Kewangan Lembaga Pertubuhan Peladang  2011 yang dibuat oleh Jabatan Audit Negara.  Y.H Dato’ Arpan Shah Bin Satu Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang  yang hadir menerima anugerah tersebut, ia  sebagai  pengiktirafan dan  menjadi sejarah tersendiri kepada Lembaga Pertubuhan Peladang.  
Indeks Akauntabiliti Pengurusan Kewangan atau dikenali sebagai IA diperkenalkan oleh Jabatan Audit Negara untuk mengukur kualiti secara objektif bagi pengurusan kewangan Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan. IA yang mula dilaksanakan pada tahun 2007 akan melihat dan menilai sejauhmana sesebuah jabatan kerajaan melaksanakan pengurusan kewangan mengikut undang-undang dan peraturan kewangan yang telah ditetapkan.

TAHNIAH.....WARGA LPP DARI KESADA...
http://www.audit.gov.my/images/stories/pdf/penarafan/bbp/prestasi%20ai%202011_bbp.pdf

Wednesday, September 26, 2012

KURSUS ASAS DAN PENGIRAAN CUKAI PERNIAGAAN PERTUBUHAN PELADANG

Tarikh : 30/9/2012
Tempat :. IPP Langkawi
Jumlah  Peserta : 45 anggota LPP




































KESADA mengucapkan selamat berkursus semoga anda semua dapat memberi perhatian sepenuhnya kepada program tersebut.  

Thursday, September 20, 2012

BELANJAWAN: PENJAWAT AWAM SEDIA KERJA LEBIH WAKTU JIKA TUNTUTAN DIPENUHI

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berkata lebih 1.4 juta penjawat awam sedia bekerja lebih masa jika 70 peratus daripada enam cadangannya dilulus kerajaan dalam Belanjawan 2013.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata penjawat awam akan bekerja lebih masa selama 30 minit tanpa ganjaran jika tuntutan mereka termasuk penambahbaikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) diterima kerajaan.

"Cuepacs akan pastikan penjawat awam akan melakukan satu perubahan drastik dari segi budaya bekerja, kalau boleh kita datang 15 minit awal dan balik lewat 15 minit yang merupakan komitmen daripada penjawat awam bagi menghargai jasa kerajaan meluluskan tuntutan tersebut," katanya kepada pemberita Rabu.

Beliau yang ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Cuepacs ke-9 di sini, berkata penjawat awam masih menunggu perubahan dan penambahbaikan ke atas SSM setelah diumumkan pada 8 Mac lepas, susulan pembatalan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam.

Tuntutan lain ialah penyelesaian isu tangga gaji maksimum yang tidak selaras dengan kenaikan gaji tahunan; projek perumahan di bawah harga RM135,000 dalam kawasan bandar; menaikkan imbuhan tetap perumahan; kedudukan status 45,000 penjawat awam berstatus kontrak; bonus dua bulan gaji dan mengkaji semula pemansuhan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) di peringkat pusat.

-- BERNAMA

Thursday, August 30, 2012

“SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-55”

Sempena Hari Kemerdekaan Ke-55 negara Malaysia yang bakal disambut pada tanggal 31 Ogos 2012 ini, Kesada mengambil kesempatan untuk mengucapkan

“SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-55”

Kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya kepada seluruh anggota Lembaga Pertubuhan Peladang. Semoga dengan izin Allah SWT negara kita akan menjadi lebih maju, berjaya, aman, makmur, sentosa dan bersatu padu diantara berbilang kaum agar segala cita-cita kearah cara hidup yang lebih produktif seiring dengan keimanan yang kuat dan teguh.

Sama-samalah kita mendoakan keatas para pejuang dan pembela bangsa yang telah bersusah payah, mencurah keringat, harta dan menggadai nyawa demi memastikan hidup kita hari ini bebas dan merdeka, agar mereka semua dikurniakan dengan sebaik-baik balasan oleh Allah SWT di akhirat kelak.


MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA

Friday, July 27, 2012

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Ya ALLAH, YA RABBI YA TUHAN KAMI sempena "Aidil Fitri" & Ramadhan yang barkah ini, muliakan dan sayangi saudaraku. Bahagiakan keluarganya, sihatkan tubuh badannya, berkati rezekinya, kuatkan imannya. Beri kenikmatan ibadah, jauhkan dari fitnah."Maaf Zahir Batin" Amin Amin Ya rabbil alamin
Dari KESADA .....