Pages

Advertise

BERITA BARU

Tuesday, October 4, 2011

ANGKASA Perkenal Skim KOPSYA Bantu Penjawat Awam Buat Pinjaman Mudah

PETALING JAYA, 14 Sept (Bernama) -- Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), dengan kerjasama Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), menubuhkan skim Koperasi Pembiayaan Syariah (Kopsya) bagi membantu kakitangan awam membebaskan diri daripada hutang bank.Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata Kopsya bertujuan membantu penjawat awam membuat pinjaman, selain mengelakkan mereka daripada dikenakan kadar faedah yang tinggi.Beliau berkata Kopsya, yang diuruskan Angkasa, dilihat mampu membantu penjawat awam membuat pinjaman melalui kaedah potongan gaji serta mereka yang tidak dapat melangsaikan hutang kepada bank daripada diisytiharkan muflis."Kita tak nak lihat 1.5 juta penjawat awam meminjam dari saluran yang tidak bertanggungjawab kerana ia akan mendatangkan banyak masalah di kemudian hari... Saya harap jabatan-jabatan kerajaan yang belum menubuhkan akan menubuhkan koperasi bagi membantu penjawat awam yang berdaftar mendapatkan pinjaman yang terbaik dan mudah."Dengan terjalinnya kerjasama bersama Angkasa ini, kita akan gerakkan ke seluruh Malaysia bagi menggalakkan penjawat awam mendaftar kepada koperasi yang berada di bawah Angkasa," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Wisma Ungku Aziz, Kelana Jaya Rabu.Omar juga berkata skim Kopsya yang menggunakan kaedah pemotongan terus gaji akan menyelamatkan penjawat awam daripada tindakan saman serta menggalakkan mereka hanya meminjam mengikut kemampuan gaji.Sementara itu, Presiden Angkasa Profesor Datuk Dr Mohd Ali Baharum berkata skim itu, yang tidak mengenakan cukai perkhidmatan, dijangka berupaya menarik penjawat awam membuat pinjaman pada kadar yang mereka mampu."Skim ini sudah diwujudkan, tetapi ia akan mula beroperasi sepenuhnya kira-kira dua bulan dari sekarang," katanya.Sumber : Bernama

No comments:

Post a Comment