Pages

Advertise

BERITA BARU

Wednesday, October 12, 2011

SEMAKIN RAMAI PENJAWAT AWAM SEDAR KEBURUKAN RASUAH

GEORGE TOWN, 11 Okt (Bernama) -- Kesedaran mengenai rasuah dalam kalangan penjawat awam semakin tinggi apabila ramai antara mereka yang tampil membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung gejala itu tahun lepas.Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata tindakan itu adalah satu perkembangan yang baik kerana ia menunjukkan penjawat awam semakin sedar tentang keburukan rasuah."Sebelum 2010 pun ada juga kita terima laporan daripada penjawat awam berhubung aktiviti rasuah tetapi tidak begitu banyak berbanding tahun lepas," katanya kepada pemberita selepas menjadi ahli panel forum bertajuk "Mengurus Persepsi Ke Atas Integriti: Tanggungjawab Siapa?" di sini Selasa.


Seorang lagi ahli panel pada forum anjuran Universiti Sains Malaysia (USM) itu ialah Presiden Institut Integriti Malaysia Datuk Dr Mohd Tap Salleh.Abu Kassim berkata orang ramai perlu sedar bahawa memberi dan menerima rasuah adalah satu aktiviti yang berisiko tinggi yang boleh mengakibatkan seseorang itu dipenjara.Beliau berkata daripada 944 kes rasuah yang didakwa di mahkamah tahun lepas, sebanyak 424 melibatkan pemberi rasuah dan lebih 300 kes melibat penerima rasuah manakala selebihnya melibatkan pelbagai kes rasuah lain.


"Tidak pernah berlaku dalam sejarah, jumlah kes melibatkan penerima rasuah adalah kurang daripada jumlah kes yang melibatkan pemberian rasuah," katanya.Abu Kassim berkata statistik itu menunjukkan kesedaran mengenai rasuah dalam kalangan rakyat negara ini terutamanya penjawat awam semakin meningkat apabila mereka segera melaporkan kepada SPRM jika terdapat pihak yang cuba memberi rasuah.-- BERNAMA

Angry Birds

Burung-burung dalam watak Angry Birds yang kelihatan sangat real hasil lukisan seorang pelukis dari India Mohamed Raoof. Seni lukisannya sangat teliti sehingga nampak macam burung hidup yang sebenar

Monday, October 10, 2011

Di Lombard Street, San Francisco, US terdapat sebuah jalan paling unik di dunia, kerana terdapat sebatang jalan sehala berbengkang-bengkok



Di Lombard Street, San Francisco, US terdapat sebuah jalan paling unik di dunia, kerana terdapat sebatang jalan sehala berbengkang-bengkok dan mempunyai lapan selekoh tajam atau switchbacks yang menuruni sebuah bukit. Jalan 400 meter panjang ini dibuat dengan batu bata merah serta dihiasi dengan landskap menarik menjadi daya tarikan pelancong. Jalan ini juga direkodkan sebagai jalan paling bengkok didunia.

Thursday, October 6, 2011

ANUGERAH PERDANA PERINGKAT KEBANGSAAN KIK 2011


Anugerah Perdana Pertandingan KIK Peringkat Kebangsaan yang diadakan di LPP KL pada 27hb September 2011 dimenangi oleh Kumpulan Southern Fresh dari Pertubuhan Peladng Negeri Johordengan Tajuk " Mengatasi Kerugian Kilang Ayam Machap" Hadiah disampaikan oleh Ketua Pengarah LPP Y.H Dato Hj. Arpan Shah Bin Satu

Wednesday, October 5, 2011

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR KURSUS MEMBINA KECEMERLANGAN ANGGOTA AKAUN/AUDIT LPP















KURSUS UNTUK ANGGOTA AUDIT/AKAUN TELAH DIADAKAN PADA 27 & 28 SEPTEMBER 2011HOTEL ROSA PASSADENA BRINCANG CAMERON HIGHLAND, PAHANG SEJUMLAH 75 ANGGOTA TERDIRI DARIPA AHLI KESADA SELURUH NEGERI.
MEYUARAT AGUNG KESADA TELAH DIADAKAN PADA 27HB MALAM MULAI PUKUL 8:30 MALAM .

KURSUS UNTUK ANGGOTA AUDIT/AKAUN DI CAMERON HIGHLAND


KURSUS UNTUK ANGGOTA AUDIT/AKAUN TELAH DIADAKAN PADA 27 & 28 SEPTEMBER 2011HOTEL ROSA PASSADENA BRINCANG CAMERON HIGHLAND, PAHANG SEJUMLAH 75 ANGGOTA TERDIRI DARIPA AHLI KESADA SELURUH NEGERI.
MEYUARAT AGUNG KESADA TELAH DIADAKAN PADA 27HB MALAM MULAI PUKUL 8:30 MALAM .

cat....



Tuesday, October 4, 2011

ANGKASA Perkenal Skim KOPSYA Bantu Penjawat Awam Buat Pinjaman Mudah

PETALING JAYA, 14 Sept (Bernama) -- Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), dengan kerjasama Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), menubuhkan skim Koperasi Pembiayaan Syariah (Kopsya) bagi membantu kakitangan awam membebaskan diri daripada hutang bank.Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata Kopsya bertujuan membantu penjawat awam membuat pinjaman, selain mengelakkan mereka daripada dikenakan kadar faedah yang tinggi.Beliau berkata Kopsya, yang diuruskan Angkasa, dilihat mampu membantu penjawat awam membuat pinjaman melalui kaedah potongan gaji serta mereka yang tidak dapat melangsaikan hutang kepada bank daripada diisytiharkan muflis."Kita tak nak lihat 1.5 juta penjawat awam meminjam dari saluran yang tidak bertanggungjawab kerana ia akan mendatangkan banyak masalah di kemudian hari... Saya harap jabatan-jabatan kerajaan yang belum menubuhkan akan menubuhkan koperasi bagi membantu penjawat awam yang berdaftar mendapatkan pinjaman yang terbaik dan mudah."Dengan terjalinnya kerjasama bersama Angkasa ini, kita akan gerakkan ke seluruh Malaysia bagi menggalakkan penjawat awam mendaftar kepada koperasi yang berada di bawah Angkasa," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Wisma Ungku Aziz, Kelana Jaya Rabu.Omar juga berkata skim Kopsya yang menggunakan kaedah pemotongan terus gaji akan menyelamatkan penjawat awam daripada tindakan saman serta menggalakkan mereka hanya meminjam mengikut kemampuan gaji.Sementara itu, Presiden Angkasa Profesor Datuk Dr Mohd Ali Baharum berkata skim itu, yang tidak mengenakan cukai perkhidmatan, dijangka berupaya menarik penjawat awam membuat pinjaman pada kadar yang mereka mampu."Skim ini sudah diwujudkan, tetapi ia akan mula beroperasi sepenuhnya kira-kira dua bulan dari sekarang," katanya.Sumber : Bernama

Renungan

Pembentukan bangsa atau "Nation-Building" melibatkan satu proses yang lama dan tidak boleh dicapai dalam jangka waktu dua atau tiga puluh tahun sahaja. Perpaduan yang wujud sekarang perlu dipertingkatkan lagi ke tahap yang lebih mantap dan kukuh supaya mampu menghadapi berbagai-bagai tekanan dan cabaran tanpa mudah tergugat.


Bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir bin Mohamad

Gaji satu lapis sektor awam diwujud semula, naik hingga 40 peratus

KUALA LUMPUR, 30 Sept — Putrajaya dijangka memperkenalkan sistem saraan baru sektor awam, menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) — antara lain menawarkan skim gaji satu lapis atau peringkat — yang bakal membawa kenaikan gaji sehingga 40 peratus.

Sistem saraan yang namanya masih dirahsiakan dijangka diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2012 — yang ramai melihatnya sebagai “bajet pilihan raya umum ke-13”.

Kerajaan bercadang untuk melaksanakan mulai 1 Januari 2012 bersama sistem penilaian baru, yang dikenali sebagai Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (Prospek).

“Difahamkan agensi-agensi kerajaan sudah melengkapkan kajian memperkenalkan sistem saraan yang baru, bukan pelarasan tetapi satu sistem yang baru, skim gaji satu lapis yang pernah digunakan sebelum SSB,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Di bawah sistem satu lapis bilangan tangga gaji juga akan ditambah sampai 25 hingga 30 dan kemungkinan lebih dalam gred tertentu.

Minggu lalu, The Malaysia Insider membawa laporan bahawa kerajaan kemungkinan akan menaikkan gaji kakitangan awam dan membayar bonus menerusi bajet kali sebelum menghadapi pilihan raya umum.

Kali terakhir kerajaan meluluskan pelarasan adalah pada 2007 iaitu sehingga 35 peratus dan menaikkan kadar bantuan sara hidup sebanyak 100 peratus.

Bulan lalu, kerajaan membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam. Kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Satu sumber berkata, “langkah ini (memperkenalkan sistem saraan baru) juga satu bentuk kenaikan gaji tetapi pelaksanaan menjangkaui kenaikan gaji sebab ia akan membabitkan penyusunan semula skim dan gred.”

“Tindakan paling signifikan ialah memperkenalkan sistem gaji satu peringkat,” kata beliau yang turut merujuk kepada permintaan Cuepacs pada 1995, mendesak kerajaan memperkenalkan semula sistem gaji satu lapis dengan memansuhkan SSB.

Bagaimanapun tuntutan itu tidak dilayan dan kerajaan hanya memberi pelarasan gaji ketika itu.

“Cuepacs juga sebenarnya telah berharap sistem gaji satu lapis akan diperkenalkan semula pada 2002 (ketika SSM diperkenalkan), tetapi tidak menjadi kenyataan.

“Jika ia diperkenalkan semula bermakna ia akan membawa faedah besar kepada kakitangan awam ... kenaikan kemungkinan boleh sampai RM300 hingga RM700, bergantung pada skim dan gred masing-masing,” kata sumber itu sambil menambah, maklumat ini benar sehingga semalam dan kemungkinan boleh berubah mengambil kira keadaan ekonomi global dan tempatan.

“Kalau dari segi peratusan, kita boleh katakan kenaikan ini antara lapan hingga 30 peratus, mungkin dalam kes gred tertentu boleh mencapai 40 peratus,” kata sumber itu lagi.

Satu lagi perubahan di bawah sistem saraan baru ini ialah langkah kerajaan menyatukan Kumpulan Sokongan I dan II iaitu perkhidmatan kumpulan rendah di bawah satu grup yang bahawa dikenali sebagai Kumpulan Pelaksana. Nama Kumpulan Pengurusan dan Profesional dijangka akan dikekalkan.

SSM diperkenalkan pada 2002 menggantikan Sistem Saraan Baru (SSB) yang mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan kakitangan awam.

SSM terdiri daripada sistem gaji tiga lapis dengan kenaikan tahunan secara mendatar, menegak atau melintang dengan masing-masing mempunyai kuota.

Sistem kuota itu yang mencetuskan rasa tidak puas hati dan dakwaan wujud diskriminasi dalam proses penilaian prestasi. Proses penilaian itu kemudian digantikan dengan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan sekali lagi membawa kepada kontroversi.

The Malaysian Insider difahamkan sistem saraan ini, yang mirip dari segi sistem gaji satu lapis yang digunakan sejak negara merdeka sehingga 1991.

Awal bulan ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberi jaminan bahawa Prospek, sistem baru menggantikan PTK, akan membuka lebih peluang kepada penjawat awam untuk mendapat kenaikan pangkat.

Penjawat awam yang mempunyai kompetensi dan memiliki potensi iaitu melepasi syarat untuk lulus dan melepasi tahap potensi yang telah diukur oleh panel penilai dijamin memperolehi ganjaran.

Prospek yang diperkenalkan Mei lalu hanya akan dilaksanakan sepenuhnya pada 1 Januari ini.

Mei lalu, JPA mengumumkan Prospek sebagai pengganti PTK berkuat kuasa 1 Julai lalu, tidak lagi berasaskan peperiksaan tetapi akan ditentukan oleh panel penilai yang berwibawa.

Ia membabitkan lapan prinsip penilaian baru iaitu falsafah, tujuan, dimensi kompetensi, kaedah penilaian dan pembangunan kompetensi, fleksibiliti, kawalan kualiti, ganjaran dan pencapaian penilaian.

Sumber : The Malaysian Insider