Pages
Advertise
Tuesday, October 25, 2011
DUNIA: GEMPA BUMI DI TURKI
Pasukan mencari dan menyelamat cuba mencari mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan bangunan di Ercis, timur Turki pada awal pagi Isnin. Kira-kira 100 disahkan terbunuh dalam kejadian gempa bumi berukuran 7.2 magnitud yang melanda negara tersebut pada Ahad. -Foto REUTERS.ANKARA: Panik dan ketakutan menyelubungi mangsa ketika gempa 7.2 magnitud di timur Turki mengorbankan 138 orang apabila banyak bangunan runtuh.
Angka korban dijangka meningkat ketika anggota penyelamat giat mencari mangsa di bawah runtuhan dan tiba di kawasan perkampungan.
Puluhan ribu orang meluru keluar ke jalan raya untuk menyelamatkan diri sambil menjerit atau cuba menghubungi sanak saudara menerusi telefon ketika bangunan pejabat kediaman retak atau runtuh.
"Ramai terperangkap di bawah runtuhan. Mereka sedang menderita," kata Datuk Bandar Daerah Celebibag, Veysel Keser.
Celebibag terletak berhampiran kawasan paling turuk dilanda bencana itu, Ercis, berhampiran sempadan Ran dan antara zon gempa bumi.
Gempa bumi itu melanda pada 1.41 petang (1041 GMT). – AP
Monday, October 24, 2011
Marco Simoncelli maut dalam kemalangan ketika saingan bagi kelas MotoGP
Gambar kombinasi menunjukkan urutan (atas ke bawah, kiri ke kanan) Marco Simoncelli (pakaian putih) ketika terlibat dalam kemalangan membabitkan pelumba Yamaha Colin Edwards dan pelumba Ducatis Valentino Rossi di Litar Sepang hari ini. – Foto ReutersADA cerita suka duka mewarnai perlumbaan MotoGP Malaysia di Litar Sepang semalam.
Paling menyayat hati apabila pelumba Itali, Marco Simoncelli maut dalam kemalangan ketika saingan bagi kelas MotoGP baru memasuki pusingan kedua. Insiden kemalangan itu berlaku apabila Simoncelli yang terjatuh di selekoh ke-11 akibat hilang keseimbangan badan, dirempuh dua pelumba lain - Colin Edwards dan Valentino Rossi.
Akibatnya, topi keledar yang dipakai Simoncelli pecah sehingga mendatangkan kecederaan parah di bahagian kepala, tengkuk dan dadanya. Sejurus selepas insiden tersebut, pihak penganjur, Sepang International Circuit (SIC) dan Dorna Sports iaitu pemegang hak perlumbaan MotoGP membatalkan perlumbaan serta merta.
“Kami dari warga SIC amat kesal dengan insiden itu dan ini merupakan kejadian yang pertama kali berlaku di Litar Sepang dan ia diluar jangkaan oleh pihak kami,” kata Pengerusi SIC, Datuk Mokhzani Mahathir semalam.Kemalangan maut yang melibatkan Simoncelli itu merupakan kes ke-14 dalam perlumbaan tersebut sejak tahun 1980. Sumber :Utusan Malaysia
Friday, October 21, 2011
PENDAFTARAN ISI RUMAH BERPENDAPATAN BAWAH RM3,000 BERMULA DISEMBER INI
Perkhidmatan Awam Jangan 'Seronok Sendiri', Terus Berusaha Betul Persepsi Silap Rakyat - Muhyiddin
DUNIA :Gambar Muammar Gaddafi Mati Di Bunuh?
AL FATIHAH. GADAFI TERBUNUH.Thursday, October 20, 2011
PERLANTIKAN TIMBALAN KETUA PENGARAH (OPERASI)
Tn Hj Kamalrul Badri Bin Mat Ali telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah(Operasi) Lembaga Pertubuhan Peladang yang baru berkuatkuasa mulai pada 4hb Oktober 2011 .
KESADA mengucapkan tahniah
Wednesday, October 19, 2011
BERSARA AWAL=PENCEN PILIHAN+BERSARA WAJIB
Seperti yang kita sedia maklum, umur persaraan kebiasaannya adalah 56 -60 tahun . Sebagai salah seorang kakitangan kerajaan, si Polaan memilih 56 tahun (kalau ada lagi awal mungkin pilih tu) sebagai umur pencen. Almaklumlah secara sedarnya umur 50 tahap bosan terhadap kerja pasti terasa lebih-lebih lagi melakukan kerja yang sama sepanjang 2+ tahun.
Walaubagaimanapun perancangan perlu dilakukan kerana mungkin pencen / bersara awal boleh dilakukan. Yang penting adalah perancangan dari segi kewangan dan kehidupan. Perlu mempunyai sesuatu untuk menjamin kehidupan di masa hadapan. Takkan selepas umur 60 masih lagi bertungkus lumus bekerja menjadi ‘jaga’ yang masih memerlukan pendapatan ‘makan gaji’. Mungkin pada umur tersebut boleh melakukan kerja-kerja pendapatan pasif seperti ‘rumah sewa’, ‘ladang ‘, ‘dusun’ dan sebagainya. Harap-harap begitulah..
