Pages

Advertise

BERITA BARU

Wednesday, October 19, 2011

BERSARA AWAL=PENCEN PILIHAN+BERSARA WAJIB

Pernahkah anda semua terasa penat dan bosan dengan kerja? Terasa ingin bersara awal dari tarikh yang sepatutnya. Saya yakin ada antara kita yang mempunyai perasaan ingin bersara awal disebabkan perkara seperti berikut :-


1. Penat melayan karenah kerja-kerja yang tidak pernah selesai-selesai. Habis satu kerja ada lagi yang mendatang…

2. Politikus pejabat yang menyakitkan hati. Ada berlaku ‘tikam belakang’, ‘dengki mendengki’, ‘jatuh menjatuhkan’ yang memberikan tekanan kepada diri..

3. Tak tahan dengan arahan berbelit dari pihak atasan. Yang ni suruh buat cara ni, yang itu buat cara ni. Itu belum masuk lagi arahan lisan yang berubah-ubah. Kejap cakap A kejap cakap B.. Pasti membuatkan jantung bergerak laju ..

4. Kena marah . Biasalah kalau kena marahkan tapi kalau salah orang lain pun memang sakit…


Itu merupakan antara beberapa sebab terdapat segelintir dari kita yang selalu memikirkan masa untuk pencen / bersara awal. Sebenarnya bukan orang lain yang fikir pun, si Polaan adalah profail tersebut.. Ha ha ha. Tapi rasanya mungkin anda juga mempunyai pemikiran yang serupa. Tapi secara realitinya bukanlah mudah untuk pencen / bersara awal tanpa mempunyai kewangan yang kukuh. Almaklumlah kalau simpanan setakat 4 angka mustahil untuk menempuh hidup-hidup yang mendatang. Lagipun hutang keliling pinggang yang perlu diselesaikan.
Seperti yang kita sedia maklum, umur persaraan kebiasaannya adalah 56 -60 tahun . Sebagai salah seorang kakitangan kerajaan, si Polaan memilih 56 tahun (kalau ada lagi awal mungkin pilih tu) sebagai umur pencen. Almaklumlah secara sedarnya umur 50 tahap bosan terhadap kerja pasti terasa lebih-lebih lagi melakukan kerja yang sama sepanjang 2+ tahun.
Walaubagaimanapun perancangan perlu dilakukan kerana mungkin pencen / bersara awal boleh dilakukan. Yang penting adalah perancangan dari segi kewangan dan kehidupan. Perlu mempunyai sesuatu untuk menjamin kehidupan di masa hadapan. Takkan selepas umur 60 masih lagi bertungkus lumus bekerja menjadi ‘jaga’ yang masih memerlukan pendapatan ‘makan gaji’. Mungkin pada umur tersebut boleh melakukan kerja-kerja pendapatan pasif seperti ‘rumah sewa’, ‘ladang ‘, ‘dusun’ dan sebagainya. Harap-harap begitulah..

Perancangan Kewangan ?

Perancangan kewangan adalah melibatkan persoalan-persoalan mengenai masa depan, impian dan matlamat anda. Ianya merangkumi apa yang anda mahukan dalam kehidupan anda, sebagai contoh mendirikan rumah tangga, membeli rumah atau kereta, mendapat cahaya mata dan membiayai pelajaran anak-anak kita.
Untuk memenuhi hasrat dan impian ini, anda perlu merancang dari segi kewangan. Dalam perancangan kewangan, adan akan melihat bagaimana perlunya menyediakan bajet atau belanjawan, menyimpan dan membelanjakan wang anda sepanjang masa.


Langkah-langkah dalam Perancangan Kewangan
Terdapat 5 langkah penting dalam proses perancangan kewangan :
1. Menilai kedudukan kewangan anda sekarang
2. Menetapkan matlamat kewangan anda.
3. Menyediakan pelan kewangan anda.
4. Melaksanakan pelan kewangan anda.
5. Memantau dan menilai semula pelan kewangan anda.


Faedah Perancangan Kewangan
Jika anda dapat mengaturkan tabiat perancangan kewangan yang baik dan teratur, anda boleh memastikan anda mempunyai cukup wang untuk digunakan pada masa masa hadapan. Dengan pelan kewangan peribadi, anda akan :
mempunyai lebih kawalan terhadap hal-ehwal kewangan dan anda berupaya mengelakkan perbelanjaan yang berlebihan, hutang tidak terurus, kebankrapan atau bergantung pada orang lain;
mengeratkan lagi hubungan peribadi anda dengan orang disekeliling anda, seperti keluarga anda, kawan-kawan dan rakan sekerja, kerana anda gembira dengan kehidupan anda dan tidak perlu meminjam wang untuk memenuhi keperluan hidup atau mengharapkan sumbangan daripada orang lain;
bebas daripada kebimbangan kewangan kerana anda telah merancang bagi masa depan, menjangka perbelanjaan dan mencapai matlamat peribadi hidup anda;
menjadi lebih efektif untuk mendapatkan, menggunakan dan melindungi sumber kewangan anda sepanjang hayat, bukan hanya bagi diri anda malah bagi mereka yang tersayang
Dengan erti kata lain, apabila anda mempunyai pelan kewangan peribadi yang terurus, anda akan lebih arif tentang keperluan masa depan dan sumber kewangan anda yang sedia ada. Anda juga mendapat ketenangan kerana mampu mengawal segala-galanya dalam hidup anda.



Proses Perancangan Kewangan Peribadi Anda
Menilai kedudukan kewangan semasa anda.
Menetapkan matlamat kewangan peribadi anda.
Menentukan tindakan yang perlu diambil
Menilai alternatif yang akan memenuhi matlamat kewangan anda
Mewujudkan pelan kewangan anda dan melaksanakannya
Mengkaji semula dan menyemak pelan kewangan anda

Memandangkan keperluan anda adalah berbeza-beza mengikut umur dan keutamaan, keutamaan kewangan anda akan diselaraskan untuk memenuhi keperluan tersebut pada waktu yang berlainan dalam hidup anda. Maka, apa yang anda lakukan dengan wang anda sambil menempuh kehidupan dewasa bergantung pada matlamat kewangan anda. Walaubagaimanapun, adalah penting dan berfaedah untuk ditekankan disini bahawa untuk mencapai matlamat kewangan, anda perlu membuat simpanan dan menabung mulai sekarang

sUkA-sUkA

NoStAlGiA


PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO DAN JENAMA PRODUK INDUSTRI ASAS TANI PERTUBUHAN PELADANG

Pertandingan Mencipta logo dan Jenama Industri Asas Tani Lembaga Pertubuhan Peladang


Reka cipta hendaklah dihasilkan menggunakan kertas bersaiz A4 (ukuran 21cm x 29.7cm) berwarna putih dalam bentuk “sketches” atau “paintings” dan dilekatkan pada kertas tebal atau “mounting board” dan juga disediakan dalam bentuk “softcopy” menggunakan format AI (adobe Illustration) dan JPEG dengan resolusi minimum 1280 x 960. •



Pereka hendaklah memberi keterangan atau penjelasan (rasional) ke atas rekabentuk logo dan jenama serta warna yang digunakan.


• Reka cipta bolehlah dibuat sama ada menggunakan grafik komputer atau lukisan tangan (free hand) dan menggunakan TIDAK LEBIH dari lima (5) warna.


• Ciptaan mestilah ASLI dan tidak mengandungi unsur atau elemen yang boleh dianggap sensitif dan boleh menyinggung mana-mana pihak.


• Logo dan jenama boleh menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggersi. • Logo dan jenama hendaklah menggambarkan gerakan dan rantaian PP dan peranan dalam membangunkan peladang-peladang.


B. SYARAT PENYERTAAN


• Terbuka kepada semua warganegara Malaysia, individu atau berkumpulan.

• Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan.

• Penyertaan hendaklah dikemukakan bersama-sama dengan Borang Penyertaan seperti di Lampiran A.

• Semua penyertaan adalah tertakluk kepada keputusan MUKTAMAD oleh panel penilai. Panel penilai berhak mengubahsuai dan meminda rekabentuk karya, sekiranya perlu.

• Semua penyertaan adalah menjadi hak milik LPP dan tidak akan dikembalikan.

• Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Oktober 2011.




C. HADIAH PENYERTAAN


• Pemenang akan menerima ganjaran wang tunai seperti berikut:


i. Pemenang Peringkat Kebangsaan .Pemenang Utama : RM1,300.00

ii. Pemenang Peringkat Negeri . Tempat Pertama : RM500.00 . Tempat Kedua : RM300.00 . Tempat Ketiga : RM100.00 •



Walaubagaimanapun, LPP berhak untuk tidak memilih pemenang di kalangan peserta pertandingan sekiranya panel penilai memutuskan tiada peserta yang layak dianugerahkan sebagai pemenang. • Pemenang akan dimaklumkan melalui pos.



Borang dan keterangan lain boleh di download di Website LPP : http://www.lpp.gov.my/

Tuesday, October 18, 2011

Kereta lumba Will Power (kiri) merempuh tembok pembahagi bersama pemandu J.R. Hildebrand (tengah) dan Charlie Kimball (kanan) ketika kejohanan dunia I

Kereta lumba Will Power (kiri) merempuh tembok pembahagi bersama pemandu J.R. Hildebrand (tengah) dan Charlie Kimball (kanan) ketika kejohanan dunia IZOD IndyCar di Las Vegas semalam. — Foto Reuters

Monday, October 17, 2011

Membentuk peribadi anak

ZURIAT merupakan permata hati kepada pasangan setiap suami isteri malah kelahirannya pasti menjadi debaran serta ditunggu oleh pasangan.Kehidupan dan kebahagiaan sebuah rumah tangga akan menjadi lebih berseri dengan kehadiran cahaya mataMalah, kelahiran anak disambut dengan penuh gembira, kebanggaan dan rasa syukur yang tidak terhingga. Ibu bapa pula sanggup berkorban segala-galanya atas nama kasih sayang dan rasa cinta demi melihat zuriatnya terus berjaya dan menjadi insan mulia.


Apabila lahir zuriat ke dunia maka setiap ibu bapa perlu memberi perhatian serius dan pengawasan yang secukupnya.Ini kerana setiap zuriat yang dilahirkan ibarat kain putih yang siap menerima untuk diwarnai. Jika dibiasakan dengan nilai-nilai yang baik, maka ia akan berkembang dengan kebaikan sehingga orang tua juga akan mendapat pahala.Menurut pensyarah Kanan, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Madya Dr. Saedah A. Ghani, anak-anak adalah lakaran ibubapa. Sekiranya lakaran tersebut ke arah kemuliaan pastinya ia membawa kebaikan kepada anak tersebut.Tetapi sekiranya anak-anak dibiasakan dengan hal-hal buruk, maka ia akan membesar dengan keburukan.



"Oleh itu, tidak harus bagi setiap ibu bapa melalaikan tanggungjawab yang besar ini dengan mengabaikan aspek pendidikan yang baik dan menanamkan adab yang baik ketika membesarkan anak-anak,'' katanya.Dia yang mempunyai lebih 15 tahun pengalaman dalam pengurusan kaunseling keluarga memberitahu, biasalah mendidik anak agar makan dengan menggunakan tangan kanan, membaca bismillah disudahi dengan alhamdulilah.Malah ceritanya lagi, ajar anak agar tidak makan dengan tergesa-gesa ataupun gelojoh.



Makan dengan tertib, mengunyah makanan dengan perlahan dan jangan biasakan memasukkan makanan ke dalam mulut sebelum habis di mulut."Adab-adab ini penting memandangkan mereka masih kecil dan ibu bapa perlu memainkan peranan dalam membentuk anak dengan nilai-nilai Islam yang terpuji,'' jelasnya lagi.



Selain itu, latihlah anak-anak dengan sikap hormat dan jangan biasakan anak bersikap kasar, berbahasa kesat dan berperilaku sombong."Keadaan ini penting bagi membiasakan peribadi anak supaya tidak berterusan dengan budaya yang kasar dan tidak bertamadun.Jelasnya lagi, apabila anak semakin besar, latihlah anak-anak supaya bersikap berani dan sabar dalam menghadapi kesusahan."Biasakan memuji tindakan mereka apabila berbuat demikian kerana tindakan tersebut boleh mendorong mereka bersikap terpuji,'' katanya.Apabila anak mencapai usia tujuh tahun, perintahkan mereka supaya bersolat secara tetap. Disiplinkan mereka mengenai tanggungjawab solat."



Bagaimanapun elakkan melakukannya secara paksaan kerana ini akan menyebabkan mereka memberontak serta memendamkan perasaan,'' ujarnya.Jelasnya lagi, biasakan anak-anak juga bersikap taat kepada orang tua, guru dan kepada yang lebih berusia darinya. Ajarkan anak-anak memandang dengan rasa hormat agar mereka tidak tergolong daripada anak-anak yang bersikap derhaka dan biadap.Tip membentuk anak berkelakuan baik*Jika boleh, jangan menghukum, sebaliknya mengajar. Matlamat mendisiplinkan anak ialah untuk mengajar anak itu berkelakuan baik.



Memukul kanak-kanak bukanlah cara mengajar. Sebaliknya ia mengajar kanak-kanak bahawa memukul ialah cara menyelesaikan masalah.*Anggaplah kenakalan anak-anak sebagai kesilapan. Ia akan memudahkan anda mencari jalan untuk mengajar tentang kelakuan baik. Jika boleh, kaitkan akibat dengan kenakalan.*Jangan bertengkar atau membebel mengenai peraturan. Jika sesuatu peraturan dilanggar, ingatkan anak anda mengenai peraturan itu dan akibatnya jika tidak dipatuhi. Apabila anda memberikan arahan, bercakap dengan tegas dan ulangi arahan itu.



*Halang anak-anak kecil semasa mereka sedang membuat sesuatu yang anda tidak sukai atau jauhkan mereka dari situasi tersebut. Anak-anak kecil tidak faham apa yang salah dan apa yang betul, dan mereka tidak sepatutnya dipukul atau digoncang.*Gunakan bahasa yang sopan semasa bercakap dengan kanak-kanak mengenai kelakuan mereka. Pastikan anda gunakan perkataan seperti "Maafkan saya" dan "Bolehkah saya?" bila sesuai.



Jadilah contoh yang baik untuk anak anda di dalam percakapan dan perbuatan anda.*Puji anak bila mereka berkelakuan baik kerana ini akan menggalakkan mereka terus berkelakuan baik. Pelukan, senyuman dan perkataan-perkataan lembut boleh digunakan untuk menunjukkan penghargaan.

Kurangkan stres di pejabat

RAMAI di antara kita akan mengalami ketegangan pada bahagian leher, bahu serta pinggang semasa atau selepas duduk lama di pejabat atau menggunakan komputer. Ketegangan ini biasanya disebabkan oleh otot-otot di bahagian leher, bahu serta pinggang bekerja atau berkontraksi secara statik (isometric contraction) dalam jangkamasa yang panjang.



Keadaan ini berlaku ketika melakukan kerja-kerja pejabat terutama jika bekerja dalam keadaan statik melebihi satu hingga dua jam dalam satu-satu masa. Kontraksi statik otot-otot ini akan menyebabkan gangguan bekalan darah bernutrien dan beroksigen ke bahagian otak serta bahagian anggota pinggiran badan seperti tangan dan kaki.



Gangguan bekalan darah ini menyebabkan permintaan keperluan metabolisma sel meningkat, pengurangan sumber tenaga melalui proses metabolisma sel-sel, pengumpulan toksin hasil metabolisma sel serta menyebabkan sistem saraf kita lebih sensitif terhadap rangsang toksin.Ini menyebabkan lebih lama anda mengekalkan kedudukan statik maka akan lebih tegang serta sakit yang akan anda alami pada bahagian otot leher, bahu serta pinggang.Kontraksi statik otot di bahagian leher dan bahu yang lama akan menyebabkan kita berasa :l Pening dan sakit kepalal Ketegangan serta sakit leher serta bahul



Ketegangan serta sakit otot di antara tulang belikat Kebas dari bahu hingga ke hujung jaril Kelemahan otot bahagian leher, bahu serta tangan sehingga kita merasa tangan kita amat berat untuk menulis atau menaipIni juga boleh dialami pada bahagian pinggang:l Ketegangan dan sakit otot di bahagian sendi pinggul serta punggungl Kebas dari punggung hingga ke hujung jari kakil Kelemahan otot sekitar sendi pinggul, punggung serta kaki sehingga kita merasa kaki kita amat berat untuk berdiri atau berjalanl Kesukaran untuk menundukkan badan apabila hendak mengambil sesuatu yang terjatuh di atas lantai



Selain pengambilan ubat penahan sakit (analgesic) atau ubat bagi mengurangkan ketegangan otot (muscle relaxant) daripada pegawai perubatan, teknik senaman dari ahli fisioterapi juga boleh dilakukan bagi mengurang dan mengelakkan keadaan ini berlaku pada anda semasa bekerja di pejabat.Senaman regangan ini selain membantu memperbaiki postur badan, penjagaan badan (body awareness), meningkatkan koordinasi badan.Ia juga dapat meningkatkan pengaliran darah, meningkatkan tenaga, menggalakkan relaksasi serta mengurangkan stres.



Tip senaman berikut boleh diamalkan jika sekiranya anda terpaksa melakukan kerja pejabat dalam satu tempoh yang lama:l Sentiasa bergerak bebas selepas setiap jam bekerja dengan mengubah posisi duduk, berdiri atau berjalan selama 1 - 5 minitl Minum air suam atau air mineral yang secukupnya kerana ia membantu badan menyingkirkan toksin dan membantu mengangkut nutrien dan oksigen ke seluruh badan



Melakukan senaman pernafasan dengan menarik dan menghembus nafas secara perlahan 5 - 10 kali kerana ia membantu mengurangkan ketegangan otot dan meningkatkan pengaliran darah bernutrien dan beroksigen

RaSuAh

Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut. Menurut Badan Pencegah Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama:
Meminta/Menerima Rasuah
Menawar/Memberi Rasuah
Membuat Tuntutan Palsu
Menyalahguna Jawatan/Kedudukan
Pemberian rasuah jika tidak dibendung akan mengakibatkan banyak masalah sosial kerana undang-undang tidak akan dipatuhi dengan sepenuhnya. Maka kegiatan jenayah dan ketidakadilan akan berleluasa.

Thursday, October 13, 2011

Banjir Di Thailand Semakin Buruk

BANGKOK: Banjir di Thailand semakin teruk hingga menyebabkan lebih 1,200 kilang digenangi air dan sebuah hospital di Ayutthaya terpaksa ditutup, manakala jumlah kematian pula meningkat kepada 244 pada Khamis.
Kementerian Industri berkata sesetengah kilang di wilayah utara, timur laut dan tengah negara ini mungkin terpaksa menggantung pengeluaran selama tiga bulan akibat bencana alam itu.
Lebih 40,000 pekerja terjejas, kata Jabatan Tenaga Kerja dan Kebajikan.
Menteri Kesihatan Awam Witthaya Buranasiri berkata Hospital Bang Phra Khun di Ayutthaya ditutup sementara akibat banjir dan pesakit di situ dipindahkan ke hospital lain.
Pengarah Jabatan Pencegahan dan Kawalan Bencana Wibul Sanguanpong berkata banjir yang melanda negara ini sejak Julai menjejaskan kehidupan 2.6 juta orang dari 201 daerah di 28 wilayah.
Bencana alam itu juga menyebabkan tiga orang hilang setakat ini.
Sebelas daripada 26 empangan utama di negara ini menakung air lebih daripada kemampuannya, manakala air di beberapa empangan lain hampir penuh, kata Jabatan Pengairan Diraja.
Penjara Pusat Ayutthaya pula digenangi air sedalam kira-kira dua meter dan menyebabkan penghuninya terpaksa dipindahkan ke penjara lain.
Jabatan Korektif berkata kira-kira 600 banduan dipindahkan ke penjara lain hari ini, manakala bakinya lebih kurang seramai 1,100 orang akan dipindahkan kemudian.
Nongporn Pienuan, 72, pemilik kedai runcit dan restoran di sini berkata banjir kali ini menyebabkan perniagaannya terjejas teruk.
Kata peniaga ini dua kedainya terpaksa ditutup sepanjang minggu lepas, manakala kedai runcitnya di Tatien Pier di tebing Sungai Chao Phraya hanya boleh dibuka semula, Khamis.
"Biasanya saya boleh meraih keuntungan 3,000 Baht hingga 4,000 Bahat (kira-kira RM300 hingga RM400) sehari melalui jualan makanan dan minuman, tapi hari ini, saya rasa saya cukup bernasib baik kalau dapat meraih 300 Baht (kira-kira RM30)," katanya. BERNAMA

Wednesday, October 12, 2011

SEMAKIN RAMAI PENJAWAT AWAM SEDAR KEBURUKAN RASUAH

GEORGE TOWN, 11 Okt (Bernama) -- Kesedaran mengenai rasuah dalam kalangan penjawat awam semakin tinggi apabila ramai antara mereka yang tampil membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung gejala itu tahun lepas.Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata tindakan itu adalah satu perkembangan yang baik kerana ia menunjukkan penjawat awam semakin sedar tentang keburukan rasuah."Sebelum 2010 pun ada juga kita terima laporan daripada penjawat awam berhubung aktiviti rasuah tetapi tidak begitu banyak berbanding tahun lepas," katanya kepada pemberita selepas menjadi ahli panel forum bertajuk "Mengurus Persepsi Ke Atas Integriti: Tanggungjawab Siapa?" di sini Selasa.


Seorang lagi ahli panel pada forum anjuran Universiti Sains Malaysia (USM) itu ialah Presiden Institut Integriti Malaysia Datuk Dr Mohd Tap Salleh.Abu Kassim berkata orang ramai perlu sedar bahawa memberi dan menerima rasuah adalah satu aktiviti yang berisiko tinggi yang boleh mengakibatkan seseorang itu dipenjara.Beliau berkata daripada 944 kes rasuah yang didakwa di mahkamah tahun lepas, sebanyak 424 melibatkan pemberi rasuah dan lebih 300 kes melibat penerima rasuah manakala selebihnya melibatkan pelbagai kes rasuah lain.


"Tidak pernah berlaku dalam sejarah, jumlah kes melibatkan penerima rasuah adalah kurang daripada jumlah kes yang melibatkan pemberian rasuah," katanya.Abu Kassim berkata statistik itu menunjukkan kesedaran mengenai rasuah dalam kalangan rakyat negara ini terutamanya penjawat awam semakin meningkat apabila mereka segera melaporkan kepada SPRM jika terdapat pihak yang cuba memberi rasuah.-- BERNAMA